Followers

Wednesday 4 June 2014

Barangkali Kerana Pakatan Haprak Nada Itu Tiba-Tiba Berubah


Selepas PAS tidak meneruskan cadangan membentangkan Rang Undang-undang Jenayah Syariah II atau hudud di Parlimen, kini parti itu menggesa pula Kerajaan Pusat mengambil langkah berkenaan agar hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Putrajaya perlu membentangkan dan meluluskan undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat kerana undang-undang semasa gagal mejatuhkan hukuman lebih berat kepada pesalah bagi membendung jenayah termasuk rogol.

“Tiba masanya Kerajaan Persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.

“Setidak-tidaknya Kerajaan Persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia,” katanya melalui e-mail kepada Antarapos.


Di sebalik polemik pelaksanaan hukum hudud yang mahu dikuatkuasakan PAS di Kelantan, negara dikejutkan dengan kes seorang pelajar perempuan dirogol 38 lelaki dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.

Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.

Mohd. Khairuddin berkata, kes jenayah rogol tersebut seharusnya membuka mata kerajaan pusat untuk mengkaji semula Kanun Keseksaan dengan melaksanaan undang-undang Islam dalam negara ini.

“Kes rogol itu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.

“Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu mengkaji dengan serius mengenai kadar hukuman undang-undang sivil yang gagal menangani kes jenayah terutamanya rogol.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sistem perundangan Islam iaitu hukum hudud, qisas dan takzir mampu membendung kes jenayah kerana lebih adil dan hukuman dijatuhkan melalui beberapa proses utama.

“Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

“Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah hudud, hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh,” katanya.

Beliau menjelaskan kadar hukuman yang dikenakan ke atas pesalah rogol termasuk rejam sehingga mati.

“Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan ialah rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.

“Hukuman kedua ialah sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun,” katanya.

Menurut Mohd Khairuddin lagi, hukuman takzir adalah bergantung kepada budi bicara mahkamah.

“Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes,” katanya.

Ini kerana jelas beliau, hukuman takzir memberi peluang kepada mangsa rogol untuk membela diri sekiranya tiada empat saksi yang disyaratkan.

“Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 yang menyebut, Seksyen 9 (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud.

“…dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf,” katanya.

Malah menurut beliau lagi, melalui kaedah takzir pesalah juga boleh dijatuhi hukuman yang lebih berat.

“Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman takzir boleh mencapai tahap hukuman mati.

“Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental,” kata wakil rakyat penggal pertama itu.

Baru-baru ini, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal berkaitan pelaksanaan hukum hudud bagi membincangkan prosedur dan beberapa penelitian bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993.

ISU-ISU BERBANGKIT :

1. PAS SUDAH TIDAK ISLAMIK? TIDAK LAGI ADA CITA-CITA MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM DEK TERLALU TAKUT KEPADA DAP.

2. OLEH KERANA PAS SUDAH TIDAK ADA KEMAMPUAN/KEBERANIAN MEMBENTANG HUKUM HUDUD DI PARLIMEN, APA KATA WAKIL RAKYAT UMNO BENTANGKAN, UMAT ISLAM NAK TENGOK AHLI-AHLI PARLIMEN PAS ANGKAT TANGAN ATAU TIDAK UNTUK MENYOKONG?

3. KINI TERBUKTILAH PAS HANYA MEMPOLITIKKAN HUKUM HUDUD, TIDAK ADA KESUNGGUHAN? 

4. DIA PUNYA PERJUANGAN, DIA PUNYA CADANGAN, DIA KATA NAK BENTANG... LAST-LAST DIA SURUH ORANG LAIN BENTANG...


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels