“Saya ada alasan tersendiri. Saya akan jawab surat itu dan terpulang kepada pihak pengurusan UMNO sama ada nak pecat saya atau sebaliknya,” itu reaksi Yammy Samat, ibu kepada calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud mengenai surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh UMNO kepadanya pada Selasa.
Yammy menyerahkan kepada pihak pengurusan UMNO untuk menentukan kedudukan beliau sebagai ahli parti itu.
Jelas Yammy, beliau akan menjawap surat tunjuk sebab yang dikemukakan kepadanya itu dengan memberi penjelasan berhubung tindakannya mengiring Dyana semasa berkempen pada PRK itu.
Bagaimanapun Yammy, ahli UMNO Bahagian Ipoh Barat berkata, sehingga petang ini (Selasa), beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab berkenaan.
“Saya belum terima apa-apa surat lagi setakat ini,” lapor portal berita mStar Online.
Menurut Yammy, beliau berpendapat tindakannya mengiringi Dyana pada PRK itu tidak salah kerana ia dilakukan sebagai seorang ibu yang menemani anak gadisnya dan bukannya berceramah di atas pentas DAP memburuk-burukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Pada saya, ia tidak salah. Saya lakukannya sebagai seorang ibu yang ingin menjaga keselamatan seorang anak,” kata Yummy.
Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Yammy diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat yang dihantar pada pagi Selasa itu.
“Beliau perlu menjawab mengapa tidak boleh digantung keahliannya atau dipecat dari UMNO berikutan tindakannya dalam kempen pembangkang pada PRK Teluk Intan,” kata Tengku Adnan.
Tengku Adnan berkata, dalam surat itu juga dinyatakan bahawa UMNO sedar bahawa calon yang bertanding pada PRK teluk Intan adalah anak perempuannya, namun parti mempunyai disiplin.
Tambah beliau lagi, sama ada Yammy menjawab surat itu atau tidak, perkara itu akan dibawa kepada pihak pengurusan sebelum dikemukakan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
“Majlis Tertinggi UMNO kemudiannya akan memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil,” katanya.
Sebelum itu pada Isnin, Yammy memberitahu sebuah portal berita pro-pembangkang beliau akan kekal dalam UMNO namun akan akur kepada keputusan MT mengenai kedudukannya
Yummy Dyana“Tetapi jika Majlis Tertinggi UMNO tidak mahu saya lagi, maka tiada apa lagi yang boleh saya buat,” katanya.
Ketika ditanya mengenai kekalahan Dyana di Teluk intan, Yammy berkata, beliau tidak tahu mengapa anaknya tewas pada PRK itu, dan menegaskan beliau hanya menemani Dyana.
“Saya tidak tahu mengapa orang India dan Cina tidak menyokong anak saya.
“Saya hanya temani anak saya berkempen. Saya menemaninya sebagai seorang ibu,” kata Yammy.
MMI pun tumpang sedih bila menengok sikap orang UMNO yang begitu setia macam ni .. Ish Ish tapi sorry beb apa jadi pun UMNO MESTI PECAT ini Yammy.Tak kiralah apa alasan sekalipun jangan gadai maruah ahli UMNO yang lain.
Seperkara lagi UMNO Bahagian Ipoh Barat buat apa ? Dah tak ada mulut ker ????
MMI
UMNO Bahagian Ipoh barat elok kunci mulut, ramai sangat orang pandai dalam bab ini.
ReplyDeleteitu bab anak dia kalah beb....kalau anak dia menang tempohari mau dia sendiri yang hantar surat tunjuk sebab ke UMNO kenapa tak pecat dia...ha.ha.ha.ha.ha.
ReplyDeleteLawak...lawak makcik yammy nie........