DAP menuduh Barisan Nasional dan kerajaan Datuk Seri Najib tidak menghormati hak bukan Islam di Malaysia walaupun sering melaungkan slogan 1Malaysia.
Setiausaha Agung DAP , Lim Guan Eng mendakwa Najib mengawal BN apabila mengistiharkan Malaysia sebagai sebauh negara Islam dan juga menafikan hak ibu bapa bukan muslim terhadap anak-anak di dalam hal menukar agama.
Dalam masa yang sama Guan Eng turut menegaskan bahawa DAP akan menentang sebarang polisi BN yang dianggap rasis serta melampau terhadap rakyat bukan Islam.
“DAP akan menentang usaha anasir pelampau dan rasis dalam BN untuk mengubah sifat dan identiti Perlembagaan Persekutuan serta mengganggu keharmonian hidup rakyat Malaysia yang berbilang budaya dan kaum”
“Malaysia tidak akan mencapai perpaduan nasional yang tulen sekiranya hak bukan muslim tidak dihormati dan jika mereka tidak dibenarkan untuk hidup secara bermaruah seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Secara logiknya tindakan yang dilakukan oleh Guan Eng dan seluruh pimpinan DAP ini telah membuktikan betapa DAP tidak pernah mahu menerima Islam dan sentiasa akan menentang Islam waima PAS masih bersekongkol dengan parti paling rasis ini.
Mereka selama ini hanya bermuka-muka dengan umat Islam di Malaysia dan juga orang-orang Melayu kononnya tidak pernah menghalang sebarang usaha berkaitan agama Islam.
Mungkin PAS punya pendirian tersendiri kerana masih menyokong perjuangan songsang Pakatan Rakyat tetapi secara umumnya untuk apa PAS terus menyokong DAP ?
Memang benar DAP tidak pernah menghalang agama Islam diamalkan di Malaysia tetapi menghalang serta mempertikaikan sebarang usaha ke arah pengembangan dan perlaksanaan undang-undang Islam yang lebih baik tetap merupakan satu halangan dan penentangan.
DAP sendiri secara terang-terangan sudah pun menyatakan pendirian mereka terhadap cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Malah menyekat serta menghalang kedudukan Malaysia untuk diiktiraf sebagai sebuah negara Islam merupakan satu lagi gerakan besar-besaran DAP dan PKR terhadap umat Islam di Malaysia.
Mempertikai Malaysia sebagai sebuah negara Islam bermakna mereka mempertikaikan kedudukan perlembagaan negara.Apa hak mereka untuk mempertikaikannya ?
Malah dengan kedudukan itu sebenarnya Malaysia sudah pun diiktiraf sebagai sebuah negara Islam.
Tuduhan Guan Eng bahawa BN tidak menghormati hak bukan Islam adalah satu tuduhan melampau yang sebenarnya sengaja diadakan.Rakyat Malaysia selama ini tidak pernah dihalang untuk menganuti sebarang agama selain Islam malah bebas mengamalkannya.
Begitu juga dengan pembinaan rumah-rumah ibadat agama lain yang tidak pernah dihalang selagi mana ia tidak melanggar undang-undang sedia ada.
Seperkara yang harus diteliti oleh banyak pihak adalah DAP dan Pakatan Rakyat bukanlah ikatan yang kini membentuk kerajaan persekutuan.Walaupun mereka bukan pihak yang mengepalai kerajaan persekutuan , tindakan sebegini sudah pun dilakukan.
Bayangkan sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan ?
MMI
No comments:
Post a Comment