Jam 11:27 pagi tadi, Ahli Parlimen Padang Serai merangkap Naib Presiden PKR, N.Surendran dengan ditemani oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung penyiaran satu kenyataannya dalam Twitter oleh beberapa buah blog dan twitter pro-Barisan Nasional.
Dalam kenyataan medianya yang diadakan di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, N.Surendran menegaskan bahawa dia tidak ada kena-mengena langsung dengan twitter berkenaan, sebaliknya menuduh jentera propaganda dan siber pro-BN yang melakukan untuk mengotorkan namanya.
Tweet yang dimaksudkan bertarikh 22 Mei 2014, kononnya telah dipalsukan dengan perkataan-perkataan berikut:
"Almost everyday policemen were killed in India. But in Malaysia, when a Malay police killed it bocmes a big issue."
Kononnya penyebaran twitter palsu itu telah mencemarkan dan merosakkan reputasi serta nama baiknya selaku Ahli Parlimen dan ahli politik. Oleh kerana itu, dia membuat laporan polis agar polis cepat-cepat mengambil tindakan terhadap mereka yang 'telah menfitnahnya'.
Namun sesuatu yang lain perlu juga difikirkan.
N.Surendran dan permusuhan serta kebenciannya terhadap PDRM bukanlah sesuatu yang rahsia. Bukan juga rahsia, N.Surendran membela para penjenayah dan menyalahkan pasukan polis dalam apa-apa sahaja kes membabitkan penangkapan, pembanterasan mahupun operasi menangani penjenayah. Dia juga adalah orang yang paling lantang dalam usaha mencetuskan kebencian masyarakat India kepada PDRM apabila ada penjenayah berbangsa India yang ditembak mati atau mati dalam tahanan. Begitu juga apabila ada anggota polis dari masyarakat India yang terbunuh ketika bertugas, dia juga cuba mencetuskan kebencian kaum dan cuba menyalahkan Melayu sebagai punca kematian tersebut.
Namun, sebaliknya apabila ada anggota polis Melayu atau Bumiputera yang terbunuh, N.Surendran tidak bersuara atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan sinis sama ada menerusi Twitter mahupun menerusi ceramah-ceramahnya.
Sepatutnya, bukan blogger pro-BN sahaja yang perlu disiasat berhubung laporan polis yang dibuat oleh N.Surendran, sebaliknya N.Surendran sendiri perlu disiasat kerana kecenderungannya untuk MEMBUNUH ANGGOTA POLIS telah lama ditunjukkan.sumber
MMI
HE IS REALLY A KELING PARIA ..........
ReplyDelete