Followers

Wednesday, 25 June 2014

Mana Pi RM9 Bilion ?? Guan Eng Tolong Jawab Sat !!


Sebagai sebuah kerajaan negeri yang sering mendabik dada kononnya yang terbaik dalam negara , Pulau Pinang seharusnya menjadi sebuah negeri yang paling berjaya dalam Malaysia.

Namun segala cakap-cakap penyedap mulut dan hati barisan pimpinan DAP yang diketuai oleh Lim Guan Eng kini ternyata semakin lemah.

Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini pernah berbangga dengan pencapaian serta kedudukan ekonomi negeri tersebut yang mencatat hasil pendapatan paling tinggi sebanyak dua kali berturut-turut pada 2008 dan 2009 berdasarkan laporan ketua audit negara pada 2009 yang lalu.

Pada ketika ini pimpinan DAP begitu galak mencanangkan ke seluruh pelusuk kawasan di Pulau Pinang bahawa pentadbiran kerajaan negeri di bawah DAP jauh lebih baik daripada Barisan Nasional.

Memang benar laporan tersebut tetapi rakyat seharusnya lebih bijak kerana kedudukan kewangan negeri pada ketika itu hanya di bezakan dengan tempoh masa 2 tahun sebelum DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang daripada Barisan Nasional.

Sudah pasti sedikit sebanyak dasar dan perancangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu memberikan kesan kepada kedudukan ekonomi Pulau Pinang memandangkan ianya telah terlaksana.

Ini dibuktikan melalui satu komentar oleh Rebecca Gates terhadap Lim Guan Eng berikutan isu keterlibatan MCA dan Gerakan ke dalam kabinet kerajaan.


Apakah yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng dan kerajaan DAP semenjak mentadbir Pulau Pinang ? Persoalan yang telah menyebabkan Guan Eng terpaksa mengunci mulutnya.

Kini setelah 2 penggal kerajaan DAP mentadbir Pulau Pinang , kedudukan ekonomi dan sebarang kemajuan barulah dirasakan layak untuk dicanangkan kerana tempoh masa itu bakal membuktikan sejauh mana kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar berwibawa.

Hari ini Lim Guan Eng perlu menjelaskan mengenai kehilangan Pelaburan Langsung Asing (FDI) kepada rakyat di negeri Pulau Pinang yang berjumlah lebih RM9 billion selepas negeri ini diperintah oleh DAP.

Kedudukan FDI yang merosot teruk daripada RM10.451 bilion pada 2010 kepada hanya RM1.794 bilion tahun lalu ternyata menimbulkan banyak tanda tanya apakah yang dilakukan oleh kerajaan negeri sehingga berlakunya kemerosotan sebegitu rupa.

Pengerusi BN Negeri , Teng Chang Yeow telah mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang agar berterus terang dan menjawab dakwaan sebuah portal yang mendedahkan berkaitan kemerosotan FDI berkenaan lebih dari 90 peratus berbanding pada tahun 2010.

"Guan Eng perlu menjelaskan perkara ini. Tiada apa yang perlu disembunyikan jika benar dakwaan Chang Yeow bahawa kepemimpinan pembangkang di bawah Guan Eng gagal menarik pelabur asing untuk melabur di Pulau Pinang," lapor The Mole.

Malah beliau mendakwa, Guan Eng cuba menyembunyikan kebenaran sebenar keadaan ekonomi Pulau Pinang berbanding semasa era pentadbiran Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon yang disifatkan lebih telus.

Dalam pada itu, The Mole menjelaskan, Pulau Pinang bukan seperti Kelantan kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menyediakan asas yang kukuh antaranya mewujudkan zon perdagangan bebas pertama di negara ini, di Bayan Lepas pada tahun 1972.

Selaku Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng harus segera menjawab persoalan yang dibangkitkan dan sekiranya beliau gagal memberikan penjelasan maka jelas kerajaan DAP Pulau Pinang tidaklah secekap seperti mana yang digembar-gemburkan.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels