Followers

Wednesday, 25 June 2014

PEMILIHAN PKR Kawasan MANSOR Pun Haru Biru Macam Mana ??


Sukar untuk diterima tetapi itulah hakikatnya yang berlaku dalam parti yang kononnya meletakkan soal KEADILAN sebagai teras kepada perjuangannya.

Pemilihan 2014 telah menyaksikan wajah sebenar parti PKR apabila begitu banyak insiden pergaduhan dan kes penipuan yang berlaku sewaktu proses pemilihan dijalankan.

Sambil menyifatkan pemilihan Parti Keadilan Rakyat sebagai tidak adil dan tercemar , bekas Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal juga mendedahkan kemenangan Dr Mansor Othman menunjukkan unsur-unsur sabotaj terhadap calon yang bertanding selain daripada sikap pilih kasih.

"PKR adalah parti yang memperjuangkan keadilan tetapi malangnya perkara itu tidak berlaku dalam pemilihan di Nibong Tebal yang mencetuskan pelbagai persoalan dan bantahan ahli-ahli peringkat akar umbi," katanya dalam sidang akhbar semalam.

Justeru itu , majoriti ahli PKR Cabang Nibong Tebal bertindak memulaukan pemilihan kali kedua berkenaan dan juga tidak mengiktiraf kemenangan yang diperolehi oleh Mansor Othman.

Satu pemilihan yang dicemari dengan pelbagai perkara yang cukup memalukan bagi sebuah parti yang mengaku pejuang keadilan.

Penipuan , sabotaj , pilih kasih yang dilakukan oleh ahli parti sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa PKR bukanlah parti yang mampu membela rakyat.Malahan dalam kejadian yang sama aksi tumbuk-menumbuk hampir berlaku sebelum beberapa pihak meleraikannya.

Malah sudah ada cakap-cakap menyatakan akan ada mereka yang akan keluar parti !

Insiden seperti ini memberi sejuta makna bahawa pemimpin PKR hanya pandai berpolitik tetapi tidak mampu menguruskan waima parti sendiri.

Jika mengurus parti pun gagal bagaimana agaknya sekiranya mereka menguruskan negara ?


MMI

1 comment:

  1. Parti kuat telus dan berdaya maju. Hanya segelintir pemimpin saja yg ada petangai umno lagi.

    ReplyDelete

Labels