Seperti kebiasaannya Anwar Ibrahim akan menjadi orang yang paling sibuk dalam kem pembangkang sehingga perlu hadir ke luar negara bagi urusan-urusan tertentu.
Seolah-olah Perdana Menteri lagaknya hadir memberikan ucapan dan juga pandangan kepada mereka-mereka di luar negara yang mungkin mahu melihat atau mempelajari sesuatu daripada sebuah negara seperti Malaysia.
Tidak ada salahnya ke luar negara tetapi sebagai rakyat seharusnya kita lebih punya maruah dan usaha untuk memperkenalkan negara di mata dunia agar timbul minat untuk menjadikan Malaysia sebagai salah satu pilihan untuk membuat pelaburan seterusnya memberikan pulangan ekonomi serta peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.
Namun semua itu tidak pernah menjadi matlamat pemimpin pembangkang khususnya Anwar Ibrahim kerana selama ini beliau dilihat menggunakan media-media asing sebagai pentas untuk memburuk-burukkan Malaysia.
Tidak dinafikan terdapat media-media asing yang turut bersekongkol dengan pihak pembangkang dalam menerbitkan laporan dan juga siarannya sebelum ini dengan niat dan tujuan tertentu.Walau bagaimanapun ianya tidaklah sampai ke tahap memudaratkan negara kerana dunia tahu siapa sebenarnya yang lebih arif dan bekerja untuk rakyat dan negara Malaysia.
Mungkin kerana itu kehadiran Anwar Ibrahim ke Kota London baru-baru ini menjadi sebaliknya.Anwar seperti kebiasaannya akan mempergunakan medium itu sebagai pentas terkini untuk cuba memburukkan kerajaan dan negara Malaysia.
Malahan ia sememangnya terjadi cuma kali ini perkara sebaliknya berlaku apabila BBC sebagai hos rancangan dilihat tidak lagi memberikan ruang seperti mana sebelumnya untuk Anwar berterusan melakukan pembohongan demi pembongan.
Antaranya adalah:
1. Anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia lawan mahkamah bukan kerajaan , sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan di mahkahmah memang anwar meliwat.
2. Orang Malaysia sudah menyampah dengan anwar dan demo jalanan kerana seperti anwar ingin elak dari isu peribadinya.
3. Kata Anwar menang undi popular. ia tak di layan kerana sistem di England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular.
4. Anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik MH370. pengacara perli "interesting you brought up MH370" dan terus mengatakan malaysia menanganinya dengan baik.
5. Kemudian pengacara menegur mengapa anwar sanggup mempolitikkan isu seperti MH370 demi kepentingan politiknya.
Seperkara yang Anwar tidak sedar adalah pihak asing sebenarnya meneliti setiap pembohongannya dengan realiti yang berlaku di bumi Malaysia.
Seperkara yang Anwar tidak sedar adalah pihak asing sebenarnya meneliti setiap pembohongannya dengan realiti yang berlaku di bumi Malaysia.
Daripada cara dan perjalanan wawancara tersebut dapat disimpulkan bahawa media asing juga sebenarnya sudah tidak lagi punya kepercayaan dengan kata-kata Anwar Ibrahim.Malahan Anwar seharusnya sedar kehadiran beliau sama ada dalam dunia politik negara mahupun di pentas antarabangsa sudah tidak lagi relevan.sumber
MMI paling suka kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Daim tentang manusia bernama Anwar Ibrahim ni..
MMI paling suka kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Daim tentang manusia bernama Anwar Ibrahim ni..
MMI
No comments:
Post a Comment