Setiap peperangan mestilah punya strategi dan matlamat yang betul supaya medan itu tidak menjadi sia-sia kepada para pejuangnya.Berdasarkan sejarah peperangan dunia pertama kita dapat menyaksikan bagaimana strategi yang diguna pakai pada ketika itu tidak mampu menjamin sebarang kemenangan sekiranya ia diguna pakai pada zaman moden ini.
Sedarkah kita peperangan dunia pertama banyak memperjudikan nyawa manusia hingga kebanyakkan daripada mereka mati sia-sia dalam serangan secara berdepan yang diklasifikasikan sebagai "suicide war".
Kemudiannya kita melihat pula kemunculan peperangan dunia kedua yang pada pandangan MMI antara peperangan paling hebat dan terbaik dalam sejarah peperangan dunia.
Perang Dunia Kedua memiliki ciri-ciri peperangan yang cukup sifatnya apabila ianya tidak dilakukan secara sembrono hanya dengan menggadaikan nyawa manusia tetapi menjadikan strategi dan taktikal sebagai ukuran sejauh mana pihak yang berperang mampu menewaskan musuh.
Namun kita perlu faham walaupun ia punya ciri peperangan yang cukup sifatnya , strategi yang diguna pakai itu tetap tidak relevan dalam dunia moden hari ini.Pada ketika peperangan masa kini banyak dipengaruhi oleh alatan berteknologi tinggi , adalah sesuatu yang mustahil strategi perang dunia pertama dan kedua diguna pakai.
Dalam hal ini samalah dengan konsep dan strategi dalam dunia politik.Kita tidak lagi boleh bersikap pasif dan menjadikan strategi lama sebagai asas kepada perjuangan.Ia mesti berubah dan perubahan itu harus melibatkan semua peringkat.
MMI tertarik dengan kenyataan daripada Setiausaha Agung Barisan Nasional yang mahukan supaya BN khususnya di Pulau Pinang segera perbaiki kelemahan yang ada.
Parti komponen Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang diminta memperbaiki kelemahan yang ada, termasuk masalah dalaman sebelum menumpukan kepada perjuangan masa depan.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak kesilapan serupa berulang terutama dari segi meraih sokongan rakyat."Setiap wakil rakyat perlu lihat semula apa masalah di kawasan, mereka perlu tahu apa yang mereka perlu buat dan apa yang diperlukan oleh rakyat, kita sedang berdepan dengan peperangan."Kita mahu ambil kembali Pulau Pinang yang telah kita bina, seperti yang semua tahu bukan DAP yang bina Pulau Pinang, agak memalukan kita memberikan negeri kepada orang yang tidak mampu menguruskannya dengan baik," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.Terdahulu ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Progresif Penduduk (PPP) 2014, Tengku Adnan berkata, dalam perjuangan untuk membawa perubahan, semua pihak perlu mengetepikan kepentingan diri."Kalau pentingkan individu tertentu percayalah kita tidak akan berjaya...bukan mudah untuk kita membuat perubahan tetapi perubahan itu terpaksa kita lakukan untuk masa depan yang lebih terjamin," katanya.Sementara itu, Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas dalam ucapannya berkata, fokus utama parti tersebut ialah bekerjasama dengan parti komponen BN yang lain bagi merampas semula Pulau Pinang.
Seperti yang MMI katakan di awal tadi , peperangan ini perlukan perubahan dan perubahan itu mestilah diterima dengan sebaik-baiknya oleh pasukan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini.
Barisan Nasional Pulau Pinang harus segera memastikan perubahan itu berlaku kerana matlamat perjuangan ini bukan mudah iaitu menawan semula Pulau Pinang dari tangan DAP yang kita tahu keangkuhannya seumpama Hitler di zaman NAZInya.
MMI
No comments:
Post a Comment