Followers

Monday, 16 June 2014

Sejauh Mana Anak-Anak MELAYU Ini Di BELA ?


Sebagai pemerhati politik taraf jalanan ni , MMI sering kali terfikir sejauh mana orang-orang Melayu mampu terus bertahan dalam mendepani puak-puak pembangkang yang pada hemat MMI terpecah kepada 2 kumpulan.

Walaupun dalam Pakatan Haprak punya 3 parti berlainan tetapi MMI kategorikan kepada 2 kumpulan sahaja.

1.Mereka yang benar-benar berpegang kepada pendirian untuk terus menyokong dasar kesamarataan dengan memperjudikan kontrak sosial dan juga amanat Raja-Raja Melayu sebelum ini.

2.Mereka yang mengaku pejuang Islam dan sering kali menyerah untung nasib kepada perubahan yang diharapkan berlaku dalam parti paling berpengaruh dalam Pakatan Haprak iaitu DAP.

Dua kumpulan ini adalah mereka yang sering kali mencetuskan polemik politik dalam negara sehingga berlakunya beberapa insiden yang mampu merosakkan imej negara di mata orang luar.

Dari sudut perpaduan pula tak perlu diulas panjang lebar kerana merekalah punca kepada perpecahan paling ketara dengan prinsip serta pendirian caca-merba yang selalunya diberikan sokongan jitu oleh pimpinan Pakatan Haprak.

Sesuatu yang pada pandangan MMI antara yang terbaik berlaku dalam Pakatan Haprak tetapi tidak berlaku dalam Barisan Nasional.

Sedarkah kita bahawa apa jua yang berlaku dalam Pakatan Haprak waima perkara-perkara remeh sekalipun sudah pasti Pakatan Haprak akan meletakkan kepentingan pejuang-pejuangnya sebagai yang paling utama.

Bahkan dalam setiap demontrasi haram yang diadakan selama ini , para pendemo turut dibekalkan dengan pelbagai persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan sekiranya aksi jalanan itu bertukar kepada aksi yang jauh lebih buruk.

Jangan nafi bahawa mereka BERSEDIA dengan apa jua yang mereka lakukan !

Begitu juga dalam soal undang-undang , mereka menyediakan barisan peguam untuk memastikan hak pejuang-pejuang mereka terbela walaupun tindakan yang dilakukan itu jelas melanggar undang-undang negara.

Ini adalah realiti yang sukar sekali dilihat berlaku dalam Barisan Nasional !

Jangan salah tafsir , MMI bukan penulis pro-pembangkang tetapi sedang melihat kepada untung nasib anak-anak Melayu khususnya di Pulau Pinang dan mereka di Wilayah Persekutuan yang terlibat dalam insiden rempuhan di Sidang DUN Pulau Pinang dan aksi berdemo di depan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur sebelum ini.

Setakat maklumat yang MMI terima adalah mereka-mereka itu sudah diambil tindakan oleh pihak berkuasa dan kini siasatan sedang dijalankan.Dalam masa yang sama Lim Guan Eng dan juga Anwar Ibrahim tidak henti-henti menyoal sejauh mana tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap kumpulan terbabit dengan fokus dihalakan kepada soal keselamatan.

Guan Eng pula jauh lebih tegas nadanya apabila mahukan mereka-mereka ini dikenakan tindakan paling maksima sebagai pengajaran kepada yang lain dengan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup !

Walaupun diakui insiden itu berlaku disebabkan oleh Rayer yang bermulut biadap , fokus politik kini lebih terarah kepada rempuhan Sidang DUN dan juga aksi demo di depan Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Persoalan yang bermain di fikiran MMI adalah sejauh mana anak-anak Melayu ini di BELA ?

MMI tidak mahu membuat tuduhan tetapi sekiranya ada usaha ke arah membela mereka , MMI ucapkan jutaan terima kasih namun sehingga artikel ini ditulis belum ada sebarang pengesahan bagaimana anak-anak Melayu yang MMI angkat sebagai pejuang ini akan dibela !

Bagi MMI sesuatu harus segera dilakukan oleh pucuk pimpinan disemua peringkat agar nasib anak-anak Melayu ini dibela setimpal dengan apa yang telah mereka buktikan dalam perjuangan tempoh hari.

Malahan MMI yakin mereka mampu pergi lebih jauh sekiranya semua pihak berganding bahu membantu mana yang patut sebagai back-up sekiranya sesuatu terjadi.

Apakah ada mana-mana peguam daripada pihak kita yang hadir mahupun diarahkan untuk menjadi pembela kepada anak-anak muda ini ?

Jika ianya berlaku dalam Pakatan Haprak , MMI yakin sejak hari mula lagi para peguam mereka sudah bersedia untuk membantu.

Inilah yang perlu diperhalusi agar kita punya barisan mantap yang boleh mempertahankan kita selain daripada maruah bangsa , agama dan negara.

Jangan ambil mudah dengan apa yang MMI lontarkan kerana jika ia berterusan begini maka tunggulah masa dan ketikanya tidak akan ada lagi anak-anak Melayu yang akan bangun mempertahankan kita !

Dan pada ketika saat itu tiba , raungan dan titisan air mata sudah tidak berguna lagi .. Justeru itu pada ketika kita masih punya masa , maka lakukan sesuatu supaya pejuang ini tidak tinggalkan medannya.

MMI percaya keris juga perlukan sarungnya !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels