MMI tumpang gembira dengan berita berkenaan satu operasi yang akan dijalankan oleh pihak kerajaan negeri bersama agensi-agensi terlibat khusus bagi memastikan proses penyembelihan ayam dan kebersihannya mencapai piawaian yang sepatutnya.
Bagus betul Malik Kasim punya jaga rakyat Pulau Pinang sampai macam tu sekali !
Kerajaan Pulau Pinang akan melancarkan operasi besar-besaran bagi memantau kebersihan premis pemprosesan ayam halal di negeri ini mulai minggu depan.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata tindakan itu bagi memastikan aktiviti penyembelihan ayam menepati piawaian halal yang ditetapkan."Dalam operasi baru-baru ini, ada kes ayam baru disembelih dan masih hidup dicampak dalam air mendidih selain air basuhan ayam yang dipenuhi darah diguna berulang kali tanpa ditukar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata penggunaan air panas semasa proses mencabut bulu ayam sudah memadai sekali gus mengelak kualiti ayam terjejas."Ayam sepatutnya dimasak di dapur bukan di pasar, kerana itu keracunan makanan berlaku, tahun ini sahaja sekurang-kurangnya tiga kes keracunan melibatkan masakan ayam berlaku di negeri ini," katanya.Operasi penguatkuasaan itu akan turut melibatkan kerjasama antara Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang; Pihak Berkuasa Tempatan; Jabatan Kesihatan negeri; dan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.Abdul Malik berkata selain amaran dan kompaun, pihaknya mempertimbangkan untuk mengeluarkan arahan penutupan selain menarik semula sijil halal yang diberikan kepada premis terlibat.Beliau berkata lapan rumah sembelihan melibatkan 360 pemegang sijil tauliah membekalkan 54,000 ayam halal beroperasi di seluruh Pulau Pinang.Satu perjumpaan dengan pembekal dan peniaga ayam akan diadakan pada 11 Julai ini bagi mengadakan perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan melarang aktiviti penyembelihan dilakukan di pasar dan pelaksanaan pusat sembelih berpusat, katanya. - Bernama
Hebat-hebat cuma bab BABI macam mana pula ? Dah macam-macam hal dah ni , 2 orang budak dah kena JE Malik Kasim ! Tak mau buat apa-apa ka ? Baca Seterusnya
Kalau bab BABI keja macam haram !!
MMI
No comments:
Post a Comment