Followers

Wednesday 2 July 2014

KERAKUSAN Pemimpin Pakatan Haprak Jadikan SELANGOR Kerajaan RIMBA !!


Tidak ada ungkapan yang lebih sesuai diberikan kepada kem pembangkang di bumi Selangor selain daripada KERAJAAN RIMBA.Ini berikutan pelbagai kepincangan yang sering berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri kesan daripada pengamal-pengamal politik yang dilihat banyak pihak sebagai rakus dan meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti serta rakyat.

Lihat sahaja bagaimana kegagalan kerajaan negeri Selangor menangani isu air yang telah menyebabkan hampir puluhan ribu rakyat Selangor terpaksa menerima kesannya.Pada ketika ruang untuk mengatasi masalah yang mungkin memudaratkan rakyat terbuka , kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim boleh memilih untuk menolak sebarang usaha sedemikian dan akhirnya rakyatlah yang menjadi mangsa sehingga bantuan bekalan air terpaksa dihantar ke kediaman penduduk.

Apakah ini merupakan kerajaan yang prihatin dan bijak mengurus ?

Rasanya tidak dan semenjak itu kemelut serta kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor berterusan dan tidak pernah sunyi daripada pelbagai insiden khususnya melibatkan ragam pimpinannya.

Terkini setelah Khalid Ibrahim gagal dan kalah dalam pemilihan ketua cabang di Kuala Selangor , terdapat beberapa pimpinan daripada PKR sendiri yang begitu lantang mendesak Khalid supaya segera meletakkan jawatan dengan alasan tanggungjawab moral.

MP Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin berkata "Khalid jangan ingat jawatan menteri besar itu akan dipegang selamanya kerana ia diberikan berdasarkan mandat rakyat dan parti.

"Dalam hal ini, beliau sudah tidak mendapat mandat walaupun akar umbi daripada cabangnya sendiri. Itu isyarat jelas supaya tidak terus memimpin".

Turut mengikuti jejak Shamsul adalah MP Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid apabila beliau meminta Khalid akur dengan desakan akan umbi demi kepentingan parti yang perlu diutamakan berbanding kepentingan peribadi.

Abdullah berkata tiada pihak mempunyai kekebalan dalam jawatan politik termasuk jawatan menteri besar memandangkan ia hak komponen dalam Pakatan Rakyat.

Serentak dengan itu Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya berkata beliau tidak perlu melepaskan jawatan menteri sekalipun tewas merebut jawatan timbalan presiden dan ketua cabang kerana tiada klausa yang mengarahkan supaya berbuat demikian.

Sesuatu yang pasti adalah banyak pihak dalam Pakatan Rakyat sendiri kini sudah tidak lagi mampu melihat kepincangan yang berlaku disebabkan oleh sikap pimpinan yang begitu taksub dengan jawatan dan menjadikan alasan akar umbi dan faktor moral sebagai senjata untuk menghalalkan kedudukan seseorang.

Soalnya siapakah yang sedang diusahakan oleh pihak-pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat Selangor untuk menggantikan Khalid Ibrahim ?

Apakah ianya ada kena mengena dengan gerakan "Langkah Kajang" sebelum ini ?

Jika itu berlaku rasanya Selangor akan terus merundum kerana Wan Azizah ternyata bukanlah calon yang sesuai untuk mengemudi kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Walaupun terdapat cakap-cakap politik yang menyebut tentang beberapa keadaan dan kewujudan kem-kem tertentu yang kini sedang berusaha untuk menduduki kerusi Menteri Besar , pegawai penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin hari ini bangun mempertahankan Khalid Ibrahim.

Katanya, arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikeluarkan sebaik sahaja Shamsul mendakwa wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang, sebagai menteri besar Selangor.

Selain itu, kata Faekah, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata parti itu tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan bagi membuat keputusan bagi  pihak parti itu.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan dan merosakkan imej PKR di mata rakyat," kata Faekah dalam satu kenyataan

"Sewajarnya, beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota biro politik parti, apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam biro politik sendiri, iaitu Tan Sri Abdul Khalid," tambahnya.

Malahan kenyataan daripada Faekah Husin turut menyebabkan kem Shamsul terdiam apabila persoalan tentang bagaimana pula kedudukan Ketua Umum PKR dan Presiden PKR sendiri yang tidak punya apa-apa jawatan di peringkat cabang sekiranya dibandingkan dengan isu yang sama melibatkan Khalid Ibrahim di Selangor ?

Sesuatu yang harus kita tahu adalah semua yang terlibat di atas merupakan pimpinan daripada PKR sendiri.Soalnya mengapa ia berlaku ?

Tidak perlu melangkau jauh cukup rasanya sekadar menyebut pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat di bumi Selangor sedang cuba untuk mewujudkan kerajaan serta undang-undang rimba yang punya banyak kepincangan dan ianya menjadi BUKTI betapa barisan pembangkang di Selangor sebenarnya CELARU dalam permainan politik mereka sendiri ! sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels