Followers

Wednesday 2 July 2014

5 Lagi Militan Antarabangsa Di KESAN !!


Dua penjawat awam merupakan antara lima rakyat Malaysia yang disyakki menyertai dan terlibat dalam aktiviti militan Abu Sayaf (ASG) di Filipina dan Islamic State of Iraq and Levant (ISIL) di Syria.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata berikutan tangkapan 19 anggota militan sejak 28 April lalu, Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman telah mengenalpasti lima lagi rakyat Malaysia yang disyakki terlibat dalam aktiviti militan dan mereka kini berada dalam persembunyian di selatan Filipina.

Katanya, tiga daripada mereka disyakki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan ISIL di Syria, sementara dua lagi adalah anggota ASG di selatan Filipina.

Menurutnya, jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai lima lelaki terbabit boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Hazil Azhar dari Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas di talian 03-22667010 atau 011-21046850 atau datang ke mana-mana balai polis berdekatan atau email kepada CTD.E8M@gmail.com

Antara mereka yang disyakki terbabit dengan gerakan militan itu ialah Dr. Mahmud Ahmad, 36, pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM); penganggur Mohd Amin Baco, 31, dari Tawau Sabah; Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39, kakitangan Majlis Perbandaran Selayang; Jeknal Adil, 30, buruh kasar dari Tawau; Mohd Najib Husen, 36, pengusaha kedai alat tulis di UM.bnbbc

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels