Followers

Wednesday, 2 July 2014

Wahh Sekarang Dah Jadi SETPOL Ketua Parlimen DAP !!


DAP terus menatang Dyana Sofya Mohd Daud ibarat minyak yang penuh.

Walaupun tewas pada PRK Teluk Intan akhir Mei lalu, DAP semakin gigih menonjolkan Dyana Sofya sebagai ikon parti itu dengan melantik wanita itu sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP.

Sebelum ini, beliau hanya bertugas sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang.

Dengan jawatan itu Dyana akan terbabit dengan urusan parlimen yang diwakili parti itu di seluruh negara.

Jelas, DAP mahu terus mengetengahkan beliau kerana menyedari inilah satu-satunya peluang terbaik dengan harapan Dyana lebih dikenali.

Ini juga secara tidak langsung meneruskan kesinambungan ‘glamour’ yang dikecapi beliau ketika jadi calon PRK Teluk Intan.

Melalui jawatan itu, Dyana akan terus kekal di bawah ketiak Kit Siang dan juga akan kerap muncul di Parlimen.

Sebelum inipun, beliau beberapa kali hadir ke parlimen pada sesi Dewan Rakyat bulan lalu.

Menerusi temuramah dengan mStar Online baru-baru ini, beliau mengakui tugas barunya lebih mencabar kerana ia melibatkan kesemua Parlimen di seluruh negara berbanding dahulu hanya menumpukan kawasan Parlimen Gelang Patah sahaja.

‪”Matlamat saya menerusi portfolio baharu ini sudah tentu untuk mendapatkan lebih banyak pendedahan, bertemu rakyat dan mengembangkan dan berkongsi lebih banyak idea bersama masyarakat,” katanya.

Dyana berkata, beliau akan terus memberi khidmat kepada masyarakat meskipun tidak memegang jawatan sebagai wakil rakyat.

‪Beliau berkata, kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada Mei lalu bukan bererti beliau perlu berputus asa dan menghentikan hasratnya untuk berkhidmat kepada masyarakat.

‪”Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan bagi saya, ia masih boleh dilakukan tanpa perlu mempunyai jawatan (sebagai wakil rakyat). Ini adalah minat dan semangat saya maka saya akan teruskannya,” katanya.

‪Pada PRK Teluk Intan 31 Mei lalu, Dyana Sofya tewas di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

‪Dyana ketika ini terlibat dengan program jelajah ke seluruh negara yang dinamakan sebagai ‘Eye to Eye with Dyana Sofya’ (Bertentang Mata Dengan Dyana Sofya).

‪Beliau berkata, program yang dianjurkan oleh parti secara santai itu bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan bersama masyarakat terutama golongan muda.

Berdasarkan apa yang DAP sanggup lakukan terhadap Dyana, tidak mustahil beliau bakal muncul ‘bintang’ parti itu dan akan bertanding pada PRU akan datang.

Namun, kemunculan mendadak Dyana juga dikatakan mengundang rasa tidak senang hati beberapa pemimpin DAP terutama di Perak apabila pemilihannya sebagai calon PRK Teluk Intan mendapat bantahan apatah lagi beliau kalah.

Belum reda rasa kecewa dan marah segelintir pemimpin DAP di negeri itu, Dinasti Lim memberikan jawatan lebih penting kepada Dyana.

Walaupun Setpol kepada Kit Siang, tugasnya sedikit sebanyak akan masuk campur urusan ahli-ahli parlimen DAP yang lain.

Adakah Dyana diterima dengan karpet merah oleh semua pemimpin DAP, hanya masa akan menentukan.bnbbc

Bagi MMI apa yang sedang berlaku ni adalah kesan daripada kemerosotan dan kepincangan dalam DAP sendiri.Dalam masa yang sama kehadiran Dyana dalam kancah politik DAP sedikit sebanyak membuktikan Dinasti Lim memerlukan orang Melayu untuk terus mempertahankan mereka.

Soalnya adakah orang Melayu mampu sedar dengan percaturan terbaru ini ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels