Berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kepentingan menjaga perpaduan antara kaum agar kejadian seperti 13 Mei tidak berulang beliau telah mendapat kecaman dari pemimpin utama DAP.
Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng menganggap Muhyiddin sebagai pemimpin perkauman dan mengamalkan sikap suka bermusuh serta tidak layak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Malahan Guan Eng juga dilihat mencabar 8 Menteri kabinet bukan Melayu dalam kerajaan BN supaya meletakkan jawatan sebagai protes terhadap kenyataan Muhyiddin.
Sebelum itu Muhyiddin dipetik berkata semalam dalam akhbar Utusan Malaysia tidak menolak kemungkinan insiden rusuhan kaum 13 Mei 1969 berulang jika hubungan antara kaum tidak dipelihara.
Muhyiddin berkata, ketegangan dan hubungan tidak baik antara kaum memungkinkan insiden itu berulang lagi.
"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969)," kata Muhyiddin semasa menghadiri majlis berbuka di Johor semalam.
Satu kenyataan yang sebenarnya satu peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia , sebagai seorang pemimpin dan punya amanah serta tanggungjawab tindakan sedemikian adalah satu perkara biasa dalam usaha kerajaan untuk memastikan hubungan diantara kaum sentiasa di pelihara.
Peringatan supaya rakyat sedar dan faham betapa insiden sedemikian yang telah menjadi catatan sejarah kepada negara tidak berulang semula.
Dimana yang tidak kenanya sampaikan Guan Eng bertindak mencabar pula 8 Menteri kabinet supaya meletakkan jawatan ?
Sesuatu yang harus diperhatikan adalah mereka akan mula meronta-ronta apabila insiden 13 Mei di sebut , malah setiap kali perkataan itu diucapkan oleh mana-mana pemimpin kerajaan sekalipun , pemimpin DAPlah yang akan mula terasa dan cepat-cepat mencari jalan untuk segera melenyapkannya.
Kenapa agaknya ?
Jawapan mudah untuk rakyat Malaysia nilaikan , pemimpin DAP adalah mereka yang terlibat sewaktu peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlaku.Malah merekalah yang mahu menghalau orang Melayu kembali ke hutan.
Jangan sesekali menafikan catatan sejarah tersebut ! ~UtaraNews.com
MMI
Cina putar-belit,kurang ajar makin menjadi-jadi, terima kasih kepada Najib yang membuat mereka macam ni.Entah lah nasib Melayu hendak jadi macam mana.
ReplyDelete