Followers

Friday 25 July 2014

Semoga Mazidul Segera SEMBUH !!


MMI bukanlah seorang rakan mahupun sahabat yang sering duduk bersama , berbincang dan makan sekali tetapi secara tidak langsung persahabatan yang wujud melalui dunia maya ini menjadikan MMI merasakan terlalu dekat dengan sahabat-sahabat yang seangkatan.

Untuk makluman sahabat kita Sdr Mazidul Akmal Sidik seorang wartawan dan juga penulis blog telah dimasukkan ke hospital kerana serangan angin ahmar.Hampir sebulan wartawan rancangan jenayah 999 ini menerima rawatan di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.

Dan semenjak itu beliau masih lagi separa sedar setelah satu pembedahan dijalankan bagi membuang darah beku di bahagian kepalanya.

Walaupun tidak mengenali secara dekat MMI tetap berdoa dan mengharapkan Mazidul cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti sebelumnya.

Kepada yang lain sama-sama kita doakan sahabat kita ini cepat sembuh , rindu dengan kata-kata beliau dalam rancangan 999 ! 

Kepada Mazidul , Be Strong You Can Do It Bro !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels