Followers

Friday 18 July 2014

TEKA TEKI Siapa Sebenarnya Yang Tembak MH17 ??


Tuduh menuduh berlaku di antara tentera Ukraine dan puak pemberontak pro-Rusia mengenai siapa sebenarnya yang menembak pesawat penumpang MH17 di Timur Ukraine, semalam.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan tenteranya tidak menembak sebarang sasaran di udara sehingga menyebabkan pesawat MAS terhempas di sempadan negaranya dengan Rusia semalam.

“Kami tidak menafikan kemungkinan pesawat itu ditembak jatuh dan kami ingin menekankan tentera Ukraine tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana sasaran udara.

“Kami yakin pihak yang bersalah dalam tragedi itu akan dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka,” katanya kepada media.

Seorang pesawai Ukraine sebelum ini menyatakan pesawat dengan 295 penumpang dan krew itu dipercayai ditembak oleh peluru berpandu di sebuah bandar di timur negara itu.

Penasihat kepada menteri dalam negeri, Anton Gerashenko dalam facebooknya berkata, pesawat itu dipercayai ditembak dari pelancar Buk ketika ia sedang terbang pada ketinggian 10,000 meter.

Bagaimanpun kumpulan pemisah pro-Rusia menafikan pihaknya menembak pesawat MH17 dari pelancar Buk kerana pesawat itu dilaporkan ditembak pada paras ketinggian 40,000 kaki.

Seorang anggota kumpulan pemisah berdekatan Krasnyi Luch, Sergei berkata, dia nampak dari balkoni rumahnya melihat pesawat turun dari ketinggian tertentu dan kemudian mendengar dua letupan.

Bagaimanapun, dia menafikan kumpulannya menembak pesawat itu. “Ini boleh berlaku hanya jika ia adalah jet pejuang atau peluru berpandu permukaan-ke-udara (yang ditembak ke bawah),” katanya.

Katanya lagi, berkata kumpulan pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak menembak jatuh kapal terbang pada ketinggian melebihi 10,000 kaki.Reuters

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels