Followers

Wednesday, 9 July 2014

Setelah Di Aibkan Rakyat BRAZIL Mula MERUSUH !!


BELO HORIZONTE 9 Julai - Beberapa buah bas dibakar dan kedai elektronik dipecah masuk di Sao Paulo, pagi ini ekoran kekalahan memalukan 1-7 Brazil kepada Jerman dalam aksi separuh akhir Piala Dunia di sini.

Polis bagaimanapun tidak memberi sebarang butiran berhubung insiden itu namun akhbar Folha de Sao Paulo melaporkan dalam portal media berkenaan, kira-kira 20 buah bas dibakar di dalam sebuah garaj yang menempatkan kenderaan yang tidak digunakan.

Tiga lagi buah bas dibakar di beberapa kawasan lain di bandar Sao Paulo

Sementara itu, Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari memohon maaf kepada rakyat negara itu semalam setelah pasukannya menghadapi kekalahan paling teruk dalam sejarah Piala Dunia oleh Jerman.

"Kami memohon maaf. Kepada penyokong, maafkan kami atas kesilapan negatif ini," katanya yang masih dalam keadaan terkejut selepas Brazil dibelasah 7-1 dalam pertembungan krisis separuh akhir semalam.

Jurulatih bagi pasukan yang menjuarai Piala Dunia pada 2002 itu mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas prestasi Brazil itu.

"Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan pemain di padang - dan saya rela dipersalahkan atas keputusan itu. Saya meminta maaf kerana kami tidak berjaya mencapai sasaran. Penyokong tetap memberi sokongan walaupun Brazil ditundukkan dengan lima, enam dan tujuh gol oleh Jerman," katanya.

Samba yang terluka !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels