Followers

Wednesday 23 July 2014

PAS Tak Iktiraf Azizah ~ Anwar PEMBOHONG BESAQ !!


Seperti kebiasaannya Anwar Ibrahim sering kali akan membuat keputusan yang nampak meyakinkan apabila berdepan dengan para media walaupun hakikatnya beliau lebih banyak bersandiwara dan berlakon.

Membuat kenyataan tanpa merujuk kepada pihak-pihak tertentu adalah salah satu sikap paling buruk yang dimiliki oleh pemimpin PKR ini yang pernah disabitkan dengan kesalahan salah guna kuasa sewaktu berada dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Anwar Ibrahim terbukti berbohong apabila membuat kenyataan bahawa PAS dan DAP telah memberikan persetujuan bagi melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Namun lain pula kenyataan daripada PAS apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Salehen Mukhyi  , berkata PAS masih mengiktiraf Abdul Khalid Ibrahim sebagai Mengteri Besar negeri Selangor dan tidak pernah menyatakan persetujuan untuk Wan Azizah dilantik menjadi Menteri Besar.

"Buat masa ini, kita masih berpegang bahawa Tan Sri Abdul Khalid masih Menteri Besar Selangor. Selain itu, buat masa ini juga Pas Selangor dan Pas pusat tidak ada sebarang keputusan termasuklah bersetuju Wan Azizah adalah calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Isu Menteri Besar Selangor juga tidak dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), sebaliknya perkara itu dibincangkan di peringkat kepimpinan parti," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu dalam sidang akhbar lewat semalam , Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan PKR sudah memuktamadkan presiden parti itu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya hanya nama Wan Azizah sahaja dicadangkan sebagai pengganti Khalid.

Katanya nama Adun Kajang itu diputuskan sebulat suara kerana berpendapat beliau boleh memberi kestabilan dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR).

Lihatlah bagaimana Anwar tanpa mengambil kira pendangan serta pendapat wakil daripada pihak PAS dan DAP terus sahaja mengesahkan kononnya kesemua parti dalam Pakatan Rakyat di Selangor telah bersetuju.

Politik jenis apakah yang sedang Anwar mainkan di bumi Selangor ?

Bayangkan jika rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat pun Anwar boleh gula-gulakan , bagaimana pula dengan rakyat yang berada di akar umbi ?

Pembohongan berterusan oleh pemimpin songsang ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim bukan sahaja gila kuasa tetapi juga mahu menjadi diktator dalam Pakatan Rakyat.

Malah mencadang serta menamakan Wan Azizah isteri sendiri sudah cukup untuk membuktikan parti PKR hanya dimonopoli oleh mereka-mereka yang punya kepentingan mahupun perhubungan yang sering kali sebut sebagai KRONI !

Untuk apa agaknya Anwar begitu bernafsu mahukan Wan Azizah ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor ?

Kepada rakyat Selangor beringatlah insiden penghinaan Khalid Samad terhadap MAIS dan Sultan Selangor berlaku kerana kedangkalan seorang pemimpin yang bukan di kalangan anak jati bumi Selangor.

Kini perkara sama bakal berulang sekiranya Wan Azizah menggantikan Khalid ! sumber 

MMI

1 comment:

  1. kalau azizah bukan bini anwar mungkin kita boleh pertimbang kan untuk dia sebagai MB, tapi di sini dia bini anwar, kaki penipu, cakap tak serupa bikin, gila kuasa, patut ke kita terima azizah, ini bukan untuk test case, tapi dah tahu ini gila kuasa si anwar...

    ReplyDelete

Labels