Followers

Sunday, 13 July 2014

Pengakuan Dari Seorang GAY - Apa Kaitan Dengan AZIZAH ?!!

Gambar Hiasan
Sebelum ini MMI ada mengulas tentang isu pengiktirafan oleh Mujahid Yusof Rawa dan kumpulan MKPN terhadap golongan LGBT.Sekali pandang ianya nampak semacam pengiktirafan itu wajar memandangkan tahap tafsiran mereka yang mengkhususkan terhadap ruang lingkup kehidupan sebagai seorang manusia.

Namun ianya tidak boleh di anggap sebagai tepat 100% kerana pengiktirafan itu boleh bermula dengan hal-hal yang kecil sebelum berkembang menjadi hak mutlak.Baca Sini

Sudah tentu bila menyebut tentang kehidupan maka ianya sedikit sebanyak akan berkisar tentang hak kemanusiaan.MMI tak nafikan setiap dari kita punya hak namun dalam keadaan tertentu hak itu perlulah seiring dengan dasar serta prinsip sesebuah negara atau kerajaan.

Persoalan penting yang harus kita jawab , adakah semua negara di dunia ini mengiktiraf golongan LGBT ?

Tak dinafikan terdapat negara-negara di dunia yang mengiktiraf golongan ini namun kita harus berpijak di bumi nyata bahawa Malaysia tidak pernah mengiktiraf LGBT.Malah negara-negara arab juga tidak mengiktiraf golongan tersebut Baca Sini

Jangan lupa terdapat negara-negara di Barat yang telah menghalalkan perkahwinan sejenis pun mendapat bantahan dari penduduknya.Sebagai contoh di Perancis pada tahun 2013 ratusan ribu penduduknya membantah pernikahan sejenis Baca Sini

Rata-rata masyarakat dunia tetap tidak bersetuju dengan perkembangan songsang sebegini malah agama-agama utama didunia tidak pernah menyokong apatah lagi mengiktiraf mereka.

Disebabkan MMI menulis tentang kumpulan LGBT ini , komen ini telah di buat di blog MMI dan ianya agak menarik untuk dikongsi dengan semua.
I am gay and I have a lot of gay friends in Malaysia. Almost of all my gay muslim friends over 30 are married due to social pressure. Unfortunately every single one of them admit to me that they are still gay and that it's something they can never change and they secretly have sex with men without the wife's knowledge. They don't love they wife. And the poor wife! she married a gay man that doesn't not really love her and finds her sexually attractive. 
You talk about 'taubat'. Religions tells us gay is wrong and they must change. Medical science tells us that a gay person can never ever change to become a straight person. 
Now the question: Will you allow your sister or your daughter to marry a gay man that claims he has 'taubat'? Be honest in your answer. And remember what i said that all my gay friends are now in a false marriage and hate they lives, and still secretly have sex with men by going online and finding men on gay websites but tell their wife that they are working late tonight. Honest answer please. Yes or No?
Soalan MMI pula , perlu ke ? Sebab jika membacanya kita sudah pasti dapat menggagak beliau bukan dari kalangan kita dan beliau ternyata tidak memahami asas pegangan orang Islam !

Ya .. Berdasarkan komen tersebut MMI anggap ada di kalangan orang Melayu juga terlibat dan mungkin mereka itu adalah di kalangan yang mengaku Islam.Jika itu berlaku maka MMI yakin Islam mereka mungkin hanya pada zahir sahaja.

Mereka tidak dapat berubah ? Jika mereka itu adalah orang Islam nescaya berjuta jalan untuk mereka berubah.

Akhir sekali bayangkan apa akan berlaku sekiranya LGBT diiktiraf ? Mungkin Azizah akan di tinggalkan !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels