Followers

Friday, 11 July 2014

Rupanya Tinjauan NAJIB Terhadap Gelandangan BIKIN DAP PANAZZZ


Sememangnya membuat tuduhan itu merupakan perkara paling mudah bahkan ia langsung tidak menyamai dengan kudrat serta keikhlasan mereka yang hadir di kawasan bertemu rakyat dan melihat sendiri keadaan.

Begitulah yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini apabila beliau hadir di sekitar Kuala Lumpur untuk meninjau sendiri isu melibatkan golongan gelandangan yang kini sedang rancak di perbahaskan di media-media sosial.

Namun seperti kebiasaannya pasti akan ada sahaja pihak-pihak yang mengeletar seluruh tubuh sekiranya mulut serta suara mereka tidak digunakan untuk mempertikaikan tindakan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata kehadiran Najib malam tadi di sekitar pusat beli-belah Kota Raya dan hentian bas Cahaya Suria membuktikan bahawa Perdana Menteri langsung tidak tahu apa yang wajar dilakukannya.Lawatan Datuk Seri Najib Razak sambil melihat kegiatan dapur jalanan dan agihan makanan kepada gelandangan sebenarnya agak terlewat , selain tidak membawa faedah kepada golongan tersebut.

Seperti kebiasaan pemimpin DAP sememangnya tidak akan duduk diam , mereka akan cuba mencari ruang untuk setidak-tidaknya melakukan penghinaan.Cuma kali ini tindakan DAP melalui Lim Lip Eng amat memeranjatkan.

Tindakan beliau itu dilihat seolah-olah hilang akal sedangkan banyak pihak diluar sana sudah pun mengetahui bahawa kehadiran YAB PM telah berjaya merealisasikan kewujudan pusat penempatan bagi orang gelandangan yang kini sedang diusahakan oleh pihak DBKL.

Selain itu pihak YAB PM juga sudah pun mengarahkan salah satu kementeriannya untuk segera membantu serta menguruskan orang gelandangan yang berusia 40 tahun ke atas supaya mereka mendapat perhatian selain daripada rawatan yang diperlukan.

Malah pusat penempatan juga dijangka akan tersedia dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.


Seharusnya Lim Lip Eng mempersoalkan dirinya sendiri serta pemimpin PKR dan DAP iaitu Nurul Izzah dan Teresa Kok yang baru-baru ini tergesa-gesa hadir bertemu orang gelandangan pada ketika isu melibatkan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan untuk menyelesaikan permasalahan orang gelandangan diputar belitkan pihak yang tidak bertanggungjawab. 


Apakah yang mereka-mereka ini lakukan ? Adakah kehadiran mereka itu telah menyebabkan nasib orang gelandangan yang ditemui mereka berubah ?

Jangan berpolitik sangatlah !

Kehadiran pemimpin-pemimpin pembangkang ini tidak ubah sekadar mencari kesempatan politik kononnya merekalah yang paling prihatin tentang nasib rakyat.

Segala-galanya politik malah sikap ini akan sentiasa diamalkan oleh pihak pembangkang kerana mereka sememangnya rakus dengan kredit politik walaupun jutaaan rakyat lain tahu kesemua mereka banyak bersembang dari bekerja.

Sebagai seorang pemimpin DAP , Lim Lip Eng disarankan supaya segera menegur Guan Eng kerana anak lelaki Kit Siang ini juga sebenarnya GAGAL menangani masalah orang gelandangan di negeri Pulau Pinang.sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels