Dua parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Gerakan gagal ujian pertama setelah seminggu menyertai kabinet apabila tidak langsung menegur atau memisahkan diri daripada kenyataan ‘amaran 13 Mei’ Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Begitulah antara kenyataan awal yang dikeluarkan oleh Roketkini.com berikutan Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga merupakan Ketua Parlimen Pakatan , Lim Kit Siang dilaporkan berang dengan tindakan dua parti komponen BN iaitu MCA dan Gerakan kerana membiarkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan amaran mengenai 13 Mei.
Kit Siang yang tidak dapat mengawal perasaannya menyifatkan kedua-dua parti komponen BN berkenaan gagal mengawal Timbalan Perdana Menteri daripada mengeluarkan kenyataan yang bersifat hasutan.Beliau juga menganggap Presiden MCA dan juga Presiden Gerakan gagal dalam memikul amanah rakyat didalam kabinet BN.
Banyak pihak sebenarnya tidak terkejut dengan tindakan pemimpin DAP ini memandangkan Kit Siang dan seluruh pimpinan DAP sememangnya terkenal dengan sikap suka mempolitikkan perkara-perkara yang menyentuh tentang hak dan perkauman.
DAP mahupun Kit Siang tahu peristiwa hitam 13 Mei yang telah tercatat dalam lipatan sejarah bukanlah satu insiden mahupun peristiwa biasa.Ianya ada kena mengena dengan DAP yang kini sedang cuba melakukan "control damage" terhadap kekusutan parti itu sendiri.
Kit Siang pula adalah salah seorang pemimpin DAP yang pada ketika itu terlibat dan masih hidup sehingga ke hari ini.Ekoran daripada itulah Kit Siang sebenarnya bukan setakat mengamuk tetapi sudah sampai ke tahap mahu menutup pekung sendiri.
Beliau sedar sekiranya peristiwa 13 Mei terus menghantui seluruh rayat Malaysia , suasana politik negara tidak akan berubah , DAP hampir pasti tidak akan punya ruang sama sekali untuk setidak-tidaknya menunaikan hasratnya yang terbantut untuk menjadi kerajaan pusat.
Namun semua itu hanyalah angan-angan Kit Siang dan beliau amat faham tentang perkara tersebut.Kerana itulah setiap kali ada sahaja kenyataan-kenyataan menjurus kepada peristiwa 13 Mei , beliau adalah diantara mereka yang akan bingkas bangun menolak sejarah tersebut kerana segala kepincangan DAP pasti akan terbongkar sekiranya seluruh rakyat Malaysia memahami punca peristiwa 13 Mei 1969.
Seperkara yang harus Kit Siang ingat adalah walaupun beliau menuduh pemimpin MCA dan Gerakan sebagai gagal , hakikatnya mereka jauh lebih matang apabila melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai satu peringatan kepada pentingnya pengukuhan serta perhubungan sesama kaum di negara ini dipelihara.
Bukan melatah seperti mana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang kerana kesannya rakyat akan melihat beliau tidak ubah sekadar seorang lelaki tua yang sudah mula nyanyok tetapi masih lagi bernafsu untuk berjawatan.sumber
Komen MMI .. bab parkinson tu orang yang cakap cuma MMI tak rasa Kit Siang kena , kalau melihat dari kelam kabut dia tu mungkin parkinson sebab orang sebut 13 Mei ! Maklumlah dia pun terlibat !
Bila dia kelam kabut ja mesti ada benda tak kena , ampa semua kena perati selalu !!!!
MMI
kit siang dulu gila kuasa......sekarang cuma GILA je!!!!
ReplyDelete