Followers

Wednesday, 9 July 2014

Guan Eng KANTOI Pembohong BESAQ !!


Berikutan kontroversi melibatkan golongan gelandangan di Kuala Lumpur akibat daripada putar belit media pembangkang terhadap kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan , Tengku Adnan Tengku Mansor banyak pihak kini semakin keliru.

Cadangan serta tindakan yang sebenarnya jauh lebih baik untuk golongan terbabit menjadi sebaliknya apabila pihak-pihak tidak bertanggungjawab mula menyebarkan laporan yang tidak benar sama sekali sehinggakan Tengku Adnan perlu menjelaskan cadangan tersebut berkali-kali termasuklah mengeluarkan kenyataan media bagi memperbetulkan keadaan.Baca Sini  

Antara yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Beliau baru-baru ini dilaporkan telah mengunjungi salah satu daripada penempatan orang gelandangan di Pulau Pinang sewaktu isu di Kuala Lumpur sedang panas.

Kehadirannya bukan sahaja untuk bersama golongan terbabit tetapi turut menyalurkan sumbangan kepada penempatan tersebut.Paling menarik Guan Eng turut menzahirkan rasa hibanya dengan tangisan yang tersesak-esak.Entahlah mungkin beliau sebak mengenangkan mereka-mereka itu tidak punya tempat berteduh apatah lagi kasih sayang keluarga.Seterusnya 

Malah Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam satu kenyataan kepada media semalam mengakui bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah dan tidak akan mengambil tindakan terhadap golongan pengemis dan juga gelandangan di negeri itu.

Apakah Guan Eng bercakap benar ?

Jika kenyataan itu benar maka sudah pastilah ianya secara tidak langsung mengesahkan kenyataan sebelum ini oleh Parti Cinta Malaysia melalui Datuk Huan Cheng Guan yang mendedahkan bahawa Lim Guan Eng dan DAP langsung tidak menjaga kebajikan golongan miskin serta pengemis di negeri ini.

Antara sedar dan tidak Guan Eng sebenarnya sudah pun mengiakan dakwaan daripada pemimpin Parti Cinta Malaysia bahawa kerajaan negeri tidak pernah melakukan apa-apa untuk membantu golongan tersebut.Kerana itulah beliau tergesa-gesa hadir ke pusat penempatan golongan terbabit untuk memastikan rakyat melihat beliau sebagai pemimpin yang prihatin akan nasib penduduknya.

Dalam masa yang sama kenyataan daripada Guan Eng menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang ini berbohong kepada rakyatnya sendiri.Video di bawah menjadi bukti kepada segala-galanya.


Guan Eng ternyata berbohong dan cubaan untuk terus menipu rakyat nampaknya tidak menjadi memandangkan mereka-mereka di dalam video diatas jauh lebih mengetahuinya kerana mereka adalah orang gelandangan di Pulau Pinang.

Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang kantoi ! sumber 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels