Followers

Friday, 25 July 2014

KECOH Lim Kit Siang BERTAUBAT ?!!


Entah mengapa secara tiba-tiba Lim Kit Siang Ketua Parlimen DAP ini bernada sedemikian.Jika sebelum ini bapa pencetus isu perkauman di Malaysia ini sering kali membela rakan-rakannya yang menghina bangsa Melayu , Kit Siang secara tiba-tiba mengajak semua pihak agar bersatu padu bagi mengakhiri ketegangan antara kaum , agama dan perlakuan ektremis.

Kit Siang hari ini menyeru rakyat Malaysia agar tidak hanya bersatu hati ketika berlaku tragedi MH17, tapi meneruskannya dalam kehidupan seharian agar keharmonian dapat dikekalkan.

Menurutnya, kesepakatan yang berlaku semalam apabila semua pihak sama ada dari kerajaan atau pembangkang sebulat suara menerima usul Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan cerminan perpaduan merentasi perbezaan yang wajar diteruskan.

Sehubungan itu, beliau memohon rakyat Malaysia supaya berhenti sejenak dan bertanya mengapa perpaduan serta kesepakatan antara sesama hanya dapat dicapai pada saat genting. 

Satu saranan yang amat menarik untuk dikupaskan , apatah lagi ianya datang dari seorang pemimpin veteran pembangkang yang pernah terlibat dalam peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Mungkin Kit Siang diusia tuanya kini sudah mula memikirkan tentang kebaikan untuk bersama-sama menerajui negara dan meninggalkan kerja-kerja kotor mereka selama ini.Namun persoalannya sejauh mana saranan itu benar-benar datang dari hati pemimpin DAP ini ? Atau ianya sekadar momokan politik ?

“Memang, kita semua bersatu dalam rasa kesedihan, hiba, memberi sokongan dan simpati kepada nasib keluarga mangsa, saudara-mara dan rakan-rakan termasuk pekerja-pekerja MAS.

“Tapi, kita juga harus berhenti seketika dan bertanya kenapa ia hanya mampu dilakukan apabila terdapat bencana serta malapetaka tetapi tidak dalam keadaan biasa. Kita mesti mengenang semula kebenaran dan pepatah ‘Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’.

“Inilah masanya rakyat bercakap dalam bahasa perpaduan, kesederhanaan, toleransi dan keadilan. Bukan lagi perpecahan, ektremisme, kebencian dan ketidakadilan,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu menegaskan, pelbagai kejadian berlaku sejak 14 bulan lalu yang menjurus kepada kebencian.

“14 bulan lalu, negara seolah-olah hilang arah dan menuju status ‘negara gagal’ dengan kejadian yang mendorong perpecahan.

“Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa negara ini tidak pernah melihat polarisasi kaum dan agama yang begitu teruk sekali semenjak Pilihanraya Umum tahun lalu,” ujarnya.

Jika diamati kenyataan Kit Siang ini jelas sekali beliau sememangnya sudah bertaubat dan taubat ini mampu memberikan ruang dan peluang untuk negara terus maju tanpa sebarang konflik politik seterusnya menjadikan warga Malaysia aman dan tenteram.

Soalnya sejauh mana keyakinan anda terhadap kenyataan pemimpin DAP ini ?

Seperkara yang harus kita perhatikan adalah beliau masih berdiam diri dan terus membela manusia-manusia seperti RSN Rayer (CELAKA) , Teresa Kok (VIDEO SATIRA) , Lee Khai Loon (KANGKUNG) , Yuki Tan (HINAAN MH17) dan lain-lain.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh Kit Siang sebagai bahasa perpaduan, kesederhanaan, toleransi dan keadilan ?

Malah jika Kit Siang benar-benar ikhlas dengan kenyataannya , beliau harus mengepalai DAP untuk membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan kerajaan kerana tindakan DAP sewaktu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 !

Kit Siang harus menangis dengan teresak-esak dan menyesali segala perbuatan DAP yang telah menyebabkan negara diistiharkan sebagai darurat pada ketika itu.

Kalau setakat membuat kenyataan dan masih menuding jari kepada pihak lain rasanya Kit Siang tidak ubah sekadar pelakon di pentas opera cina.

Nampak cantik kerana topeng yang di pakai tetapi hodoh dalam keadaan sebenarnya.sumber 

MMI

1 comment:

  1. Rakyat selama ni memang dah bersatu padu aman damai.
    Tetapi selepas parti chauvinis DAP selalu menghasut ianya menyebabkan rakyat membenci sesama sendiri.
    Lu laa punya angkara

    ReplyDelete

Labels