Followers

Sunday 13 July 2014

Sorry Tok BRAZIL Tak Ada Umphh !!


Hajat Brazil untuk menebus aib dibelasah Jerman 1-7 pada separuh akhir bukan saja tidak kesampaian, malah tuan rumah terus dimalukan apabila dibenam 3-0 oleh Belanda pada penentuan tempat ketiga, sebentar tadi.

Dua tonggak pertahanan, Thiago Silva dan David Luiz bersalah atas dua jaringan yang dilepaskan juara lima kali itu dalam tempoh 16 minit permainan bermula, sekali gus memberi kekalahan terburuk buat Brazil dalam sejarah 39 tahun.

Luiz Felipe Scolari melakukan enam pertukaran daripada skuad yang dibelasah Jerman, namun ia tidak mampu mengelakkan mereka daripada menerima aib buat kali kedua berturut-turut.

Ketua pasukan, Silva melakukan kesilapan terbesar seawal minit ketiga apabila menjatuhkan Arjen Robben untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Belanda.

Robin van Persie menyudahkannya dengan sempurna untuk meletakkan Belanda mendahului 1-0.

Kesilapan Luiz pada minit ke-16 kemudian membawa kepada gol kedua Oranje, yang disempurnakan Daley Blind, sebeldum Georginio Wijnaldum melengkapkan kesengsaraan Brazil dengan menambah gol ketiga, seminit memasuki waktu kecederaan.

Sementara itu Luiz Felipe Scolari menyerahkan nasibnya sebagai jurulatih Brazil kepada persatuan bola sepak negara itu selepas pasukannya menutup kempen Piala Dunia dengan satu lagi kekalahan memalukan, sebentar tadi.

Empat hari selepas dibelasah Jerman 7-1 pada separuh akhir, skuad Selecao dimalukan 3-0 oleh Belanda pada penentuan tempat ketiga.

"Terpulang kepada Presiden (Konfederasi Bola Sepak Brazil (CBF)) untuk memutuskan. Saya akan menyerahkan laporan akhir dan serahkan kepada mereka untuk melakukan analisis apa yang perlu dilakukan.

"Saya tidak akan membincangkan (masa depan) dengan anda. Menang atau kalah, itu yang telah kami lakukan," kata Scolari. Agensi

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels