Heboh dan bermacam cakap-cakap sebahagian daripada mereka-mereka di luar sana yang mengherdik dan tak kurang yang menuduh kononnya kerajaan Malaysia sekadar melahirkan rasa simpati dan mengutuk tindakan kejam Rejim Yahudi menyerang bumi Gaza.
Pada ketika ribuan rakyat Gaza dan Palestin kini diancam serangan bertali arus oleh Rejim Yahudi , dunia di lihat masih lagi bermain tarik tali tanpa melakukan apa-apa tindakan.
MMI tak nafikan kebanyakkan negara-negara di dunia termasuk negara-negara Islam amat sukar sekali untuk memecah tembok "Blockade" yang di doniminasi oleh mereka yang mengaku pejuang hak asasi manusia tetapi bertopengkan YAHUDI sentiasa menghalang tiap cubaan negara-negara yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin.
Secara jujurnya MMI tidak nampak negara-negara yang simpati ini mampu menyumbang bantuan dalam bentuk bala tentera kerana dunia hari ini sudah di monopoli oleh mereka yang berselindung di sebalik nama kuasa besar.
Tidak susah untuk kita mengerti situasi ini kerana pihak seperti Amerika Syarikat dengan sekelip mata sahaja mampu menghadirkan puluhan ribu bala tenteranya ke bumi Gaza mahupun ISRAEL sekiranya mereka benar-benar punya keikhlasan untuk membela rakyat Palestin yang juga punya hak seperti mana rakyat Amerika.
Jika insiden 911 boleh menyebabkan Amerika bertindak kenapa tidak dalam insiden di bumi Gaza kali ini ?
Memang untuk menuding jari dan menuduh pihak itu dan pihak ini tidak berbuat apa-apa amat mudah tetapi sekurang-kurangnya tunjukkan usaha untuk membantu.
Sehingga ke saat ini MMI masih belum dengar sebarang usaha yang digerakkan oleh pihak pembangkang di Malaysia bagi membantu rakyat Palestin.Malah puluhan NGO-NGO pro-pembangkang yang kononnya membela hak asasi manusia sebelum ini masih lagi berdiam diri.
Seolah-olah mulut mereka di kunci ! Why ? Sebab rakyat Palestin adalah orang Islam barangkali ..
Justeru itu MMI rasa wajar sama sekali untuk rakyat Malaysia memberikan sokongan serta pujian terhadap usaha daripada Kelab Putera 1 Malaysia yang sudah pun menggerakkan usaha mereka untuk membantu rakyat Palestin.
Seramai 50 orang doktor akan dihantar ke bumi Gaza untuk memberikan bantuan terhadap mangsa serangan udara tentera Israel.
Walaupun tanpa senjata dan bala tentera , MALAYSIA tetap prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin ! Itu FAKTAnya..SEREMBAN - Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bertempat di Sekretariat Kelab Putera 1Malaysia di Kuala Lumpur, kata Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.Beliau berkata orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kewangan serta barangan seperti pakaian, selimut, ubat-ubatan dan peralatan lain boleh berbuat demikian melalui sekretariat itu yang terletak di Kampung Attap.Kelab Putera 1Malaysia boleh dihubungi di talian 03-22736004Beliau mengagihkan buah kurma, air zam zam dan pakaian kepada imam dan anggota jawatankuasa masjid di Negeri Sembilan di sini hari ini.Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.Abdul Azeez juga berkata Biro Kebajikan Umno dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia dan Aman Malaysia akan menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Gaza tidak lama lagi apabaila mendapat pelepasan pihak berkuasa.Bantuan dari Wisma Putra dan kerajaan Mesir akan dipohon untuk membolehkan misi berkenaan memasuki Gaza melalui Rafah, katanya."Saya juga menjemput doktor pakar pelbagai bidang perkhidmatan dari negara ini untuk ke Gaza," katanya. - Bernama
Syabas kerajaan Malaysia ! Syabas Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim !
MMI
No comments:
Post a Comment