Followers

Monday 7 July 2014

Cerita Media , Guan Eng & BABI !!


Isu virus Japanese Encephalitis (JE) yang dikesan menular di Pulau Pinang kini mula mendapat perhatian pihak kerajaan negeri.

Jika sebelum ini mereka dilihat lambat bertindak kini kerajaan DAP mula menuding jari pula kepada pihak lain.

Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng hari ini mahu media tidak mempolitikkan isu berkaitan kes jangkitan virus JE yang di kesan di Pulau Pinang.

Guan Eng juga mengecam media yang didakwanya pro-kerajaan kerana menuduh ladang babi serta penternakan haiwan tersebut sebagai punca jangkitan virus berkenaan.

Setiausaha Agung DAP itu turut mendakwa media BN sengaja mahu memainkan isu perkauman serta sentimen agama di sebalik kes JE demi kepentingan BN.Selain itu beliau juga menyalahkan Kementerian Kesihatan yang disifatkannya lambat bertindak dalam menangani kes terbabit.

Sesuatu yang agak melucukan apabila Guan Eng bertindak sedemikian rupa memandangkan virus JE itu sendiri sememangnya membiak daripada tubuh babi.

Untuk rekod Virus JE ini membiak di dalam tubuh babi (perumah pengganda), apabila nyamuk betina Culex menghisap darah babi berkenaan ia membawa sekali virus itu. Virus ini boleh dipindahkan oleh nyamuk ke babi yang lain selepas 14 hari. Namun manusia adalah perumah terakhir, sekiranya digigit oleh nyamuk Culex ini. Sekiranya digigit , manusia akan mendapat simptom-simptom seperti demam panas, loya, muntah, dan tidak bermaya akan muncul dalam masa empat hingga 16 hari.

Guan Eng ternyata cuba menutup kelemahan kerajaan negeri Pulau Pinang sendiri yang sebenarnya lambat bertindak malah dalam beberapa keadaan hanya agensi daripada kerajaan pusat sahaja yang dilihat bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja mereka di kawasan terbabit.

Sekiranya kerajaan negeri DAP benar-benar berjiwa rakyat sudah semestinya mereka boleh sahaja mengarahkan supaya pihak Majlis Perbandaran agar segera memantau kawasan terbabit selain daripada berusaha untuk melakukan pembersihan di kawasan tercemar.

Dalam masa yang sama melakukan kuarantin agar virus yang dikesan itu dapat dibendung dengan segera.Bukan dengan menuding jari menyalahkan pihak Kementerian Kesihatan semata-mata.

Sehingga kini kerajaan DAP Pulau Pinang sewajarnya mengumumkan jumlah sebenar kandang penternakan babi yang terdapat di Kampung Selamat dan mengarahkan pihak Majlis Perbandaran supaya segera mengenal pasti penternak serta pengusaha yang mempunyai lesen dengan mereka yang mengusahakannya secara haram.

Malah Guan Eng harus tahu bahawa rungutan penduduk tentang pencemaran bau serta tahap kebersihan yang sering kali terganggu di kawasan tersebut memerlukan kandang-kandang ini diubah ke satu kawasan lain.

Ini berikutan terdapat ribuan penduduk yang mendiami kawasan berdekatan yang berjarak dalam lingkungan 1 hingga 3 kilometer dengan kandang penternakan babi.

Apakah Guan Eng cuba menutup kelemahan sendiri dengan cubaan menyalahkan pihak lain ?

Menyalahkan media merupakan satu tindakan paling bodoh yang dilakukan oleh Guan Eng kerana isunya virus JE bermula daripada babi.sumber 

MMI

1 comment:

  1. Cuba cek darah orang DAP pulak, mesti banyak kuman JE tu....

    ReplyDelete

Labels