Followers

Tuesday, 12 August 2014

Anwar Di Laporkan Sudah Berkira-Kira Akan SAKIT ?!!


Pertemuan antara Hadi Awang dengan Anwar Ibrahim bersama-sama rombongan PKRnya telah berlangsung dan disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali. Ada perkara yang sangat menarik berlaku dalam pertemuan tersebut.

Anwar Ibrahim bergegas ke Kuala Terengganu selepas Khalid Ibrahim mengumumkan dia masih mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor untuk meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor. Cubaannya untuk memujuk selain mengugut Hadi Awang dengan menggunakan perintah saman Chegu Bard, dikhabarkan tidak berjaya.

Bagaimanapun, seperti biasa, Anwar Ibrahim yang sentiasa bercakap bohong memberitahu, pertemuan dengan Hadi Awang adalah BAGUS.

Hakikatnya, Anwar Ibrahim gagal sama sekali menampilkan nama-nama 35 ADUN yang didakwanya menyebelahi dan menyokong keinginannya agar Wan Azizah, isterinya menjadi Menteri Besar Selangor.

Hilang segala cakap besar kononnya, PKR tidak memerlukan PAS. Kononnya 35 ADUN sudah dalam tangan. Tetapi bergegas segera ke Kuala Terengganu untuk bertemu dan memujuk Hadi Awang yang kemudian, dihampakan oleh Presiden PAS itu dengan permintaan bukti.

Helah Anwar Ibrahim nampaknya tidak begitu berjaya kali ini. LANGKAH KAJANGnya sudah jadi LANGKAH TERKANGKANG!

Nantikan berita selanjutnya kerana perkembangan selepas ini lebih menarik dan Anwar Ibrahim mungkin terpaksa berlakon sakit atau nazak!!! sumber 

Semalam MMI mendapat perkhabaran dari seorang ahli PKR yang Nuar akan menjadi pelakon selepas ini setelah impiannya untuk menjadi ahli politik semakin malap.Malah Nuar kesal kerana selepas PRU13 yang lalu beliau tidak segera mengambil peluang untuk menjadi pensyarah.

MMI kata tak payah lah semua tu , sebab lepas ni dia akan jadi penghuni setia rumah bertembok tinggi !! SYABAS Nuar !!

MMI

1 comment:

  1. PKR tak perlukan PAS????..apa lu cakap anwar..kenapa tergesa nak jumpa orang kuat PAS di tganu,..bungkus saja lah PKR tu, Nampak sangat angkuh ko, cukup lah ko hidup dengan duit yang wikileaks report tu, tak payah lah nak susah diri, sombong nak bolot kerajaan Selangor ni..orang Selangor dah celik mata..PAS harus balik kepada perjuangan...membela aqidah islam di Negara ini...dan anwar telah banyak merosakkan aqidah anak muda..tolonglah berjuang demi menegakkan islam...i.e no night club, no gambling, no prostitution, no lumah ulut, no arak breweries, no ladang babi untuk DAP...sejarah Negara...Malaya adalah islam sejak zaman raja Melaka...

    ReplyDelete

Labels