Gambar atas adalah sebahagian daripada kawasan tanah tinggi atau bukit yang ditogelkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP untuk melakukan kerja-kerja pembinaan rumah kos mewah yang mungkin untuk di jual kepada warga asing.
Mungkin ketika ini projek itu sudah pun siap dan keadaan sekitarnya sudah menjadi kawasan kediaman bagi orang-orang mewah manakala orang-orang yang tak mewah ni banyak yang dah keluar dari bahagian pulau ke tanah seberang mencari kediaman yang dirasakan mampu.
Begitulah senarionya di Pulau Pinang sejak 2008 yang lalu .. Namun masih ada lagi dikalangan puak lahanat DAP yang cuba menyalahkan orang lain , MEMALUKAN !!
Pilihanraya Umum Ke-13 sudah pun berlalu dan secara tidak langsung ia telah tercatat dalam sejarah negara bahawa parti DAP sudah pun mentadbir negeri Pulau Pinang selama 2 penggal sejak 2008 yang lalu.Jika dihitung tempoh masanya maka sudah masuk 6 tahun lamanya DAP yang kononnya bersama Pakatan Rakyat mentadbir kerajaan negeri Pulau Pinang.
Seperkara yang menjadi pemerhatian kita adalah sikap pemimpin DAP yang tidak pernah berubah dalam apa jua tindakan mereka khususnya dalam hal ehwal politik.Sebagai sebuah parti yang mengaku lebih baik dari parti-parti lainnya maka sudah semestinyalah sikap membanding-bandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak lawan satu ketika dulu sewajarnya dibuang jauh-jauh.
Yang lebih penting adalah membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri dibawah DAP benar-benar lebih baik dari lawannya.
Namun itu tidak berlaku malahan mereka masih lagi membanding-bandingkan setiap kerja mereka dengan usaha pihak lawan sejak 6 tahun yang lalu.
Untuk rekod kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mendakwa bahawa BN telah menjual lebih 3 ribu ekar tanah di negeri itu semasa mereka memerintah sebelum ini iaitu 6 tahun dulu.Exco kerja raya , utiliti dan pengangkutan negeri , Lim Hock Seng mendakwa pemimpin BN di Pulau Pinang telah menjual 35 kali ganda tanah berbanding DAP yang telah dua penggal memerintah negeri.
Hock Seng dalam pada itu turut mendakwa DAP hanya menjual 106 ekar tanah sepanjang pemerintahan dan mendapat hasil sebanyak RM1.1102 bilion berbanding BN yang menjual 3,361 ekar tanah dengan hasil RM1.0586 bilion .
Inilah sikap yang tidak boleh dibuang oleh pemimpin DAP apabila tindakan mereka dipersoalkan , tidak ada jawapan berhemah lagi bijaksana melainkan membandingkan dengan pihak lawan.
Selain daripada itu tindakan Hock Seng juga seolah-olah menjerat diri sendiri apabila membuat perbandingan sebegitu kerana jika dihitung tempoh masa BN mentadbir Pulau Pinang dan dibandingkan dengan tempoh masa DAP mentadbir Pulau Pinang , rasanya DAPlah yang paling boros.
Rakyat Pulau Pinang sebenarnya mengetahui bahawa DAP telah menjual tanah gred tinggi di kawasan tengah pulau berbanding BN yang menjual kawasan besar untuk pembinaan perumahan dan industri di pinggir bandar.
Tidak ada apa yang perlu disembunyikan , mengikut perangkaan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jualan tanah BN semasa mentadbir sebanyak 3,661 ekar itu merangkumi 980 ekar di Tanjong Tokong (RM42.7 juta), 325 ekar di Jelutong Expressway (RM325 juta), 750 ekar di Batu Kawan (RM106 juta) dan 1606 ekar di Butterworth (RM584.9 juta) dari awal 90an sehingga 2008.
Apa lagi yang DAP mahu persoalkan ? Lihat sahaja kawasan-kawasan yang disebut kesemuanya merupakan kawasan yang sudah pun dibangunkan dan kini memberikan keselesaan kepada rakyat Pulau Pinang.
Hakikatnya DAP cuba mengalih tumpuan rakyat kononnya BN lah yang paling rakus sedangkan pembangunan yang kini terdapat di Pulau Pinang termasuk kawasan-kawasan perindustrian dan lain-lainnya merupakan satu pelaburan besar yang telah dilakukan oleh BN sewaktu mereka mentadbir Pulau Pinang.
Malah kenyataan Hock Seng bahawa hasil jualan tanah oleh DAP sebelum ini telah diperuntukkan kepada tabung Skim Perumahan Mampu Milik Awam (PAHS) bagi membina lebih 20,000 unit rumah mampu milik di 5 daerah di Pulau Pinang adalah satu retorik politik semata-mata.
Sejak dulu hingga kini DAP sering kali mewar-warkan kononnya telah membina rumah-rumah mampu milik namun masih GAGAL untuk menyatakan di kawasan mana pembinaan itu dijalankan ?
Hock Seng sewajarnya tidak menuding jari kepada pihak lain sebaliknya berusaha untuk menjawab persoalan yang belum terjawab khususnya tentang kedudukan FDI negeri yang semakin teruk sejak ditadbir oleh DAP , rasanya itu lebih penting !
MMI
MMI
No comments:
Post a Comment