Pastinya keputusan Khalid untuk terus mempertahankan jawatannya mengundang gundah gulana buat Anwar dan konco-konconya.
Apatah lagi siang tadi pengumuman Khalid dalam sidang media dengan jelas menyatakan bahawa DYMM Sultan Selangor sudah pun perkenan untuk Khalid meneruskan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor seterusnya menamatkan spekulasi tentang kedudukan Menteri Besar Selangor.
Apa yang ditunggu-tunggu kini adalah apakah yang bakal berlaku seterusnya pada ketika Khalid sudah pun menyatakan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk menyertai parti PAS.
Adakah kerajaan negeri Selangor akan berubah wajah ?
Sehingga setakat ini keadaan masih seperti biasa dan banyak pihak kini sedang memerhatikan anggota exco kerajaan negeri Selangor sama ada akan terus kekal bersama-sama dengan Khalid atau meletakkan jawatan sebagai tanda bertanggungjawab diatas desakan supaya Khalid meletakan jawatan.
Khalid sudah pun menyatakan bahawa mereka (exco) yang tidak bersetuju atau tidak boleh bekerja dengan Menteri Besar seharusnya melepaskan jawatan supaya kerajaan negeri dapat melantik barisan exco yang lain.
Dalam perkiraan utaranews.com Khalid yang kini dikatakan mendapat sokongan sehingga 31 Adun seharusnya memikirkan tentang menubuhkan kerajaan negeri campuran.Ini memandangkan wakil-wakil BN daripada UMNO sebelum ini sudah pun menyatakan bahawa mereka memberikan sokongan terhadap Khalid sebagai Menteri Besar.
Malah senario terkini menunjukkan beliau mendapat sokongan penuh 15 Adun PAS, 12 dari BN dan beberapa orang lagi Adun dari PKR dan DAP.
Oleh yang demikian Khalid berhak untuk melakukan rombakan barisan exco bagi memperkuatkan kerajaan negeri dibawah pentadbirannya.
Apa jua yang bakal berlaku selepas ini Khalid perlu segera sedar siapa sebenarnya yang makan kawan ! Buatlah pilihan terbaik demi rakyat Selangor.sumber
MMI
No comments:
Post a Comment