TIADA MAAF BAGIMU !! Mungkin begitulah ungkapan Khalid apabila membuat keputusan memecat 6 anggota exconya petang tadi.
Menurut sumber pemecatan itu akan disusuli dengan surat rasmi yang akan dihantar kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk meminta supaya exco berkenaan tidak meneruskan kerja Kerajaan Negeri Selangor.
Berikut adalah anggota exco yang dipecat ..
DATUK TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan
RODZIAH ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita
EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram
ELIZABETH WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar
DAROYAH ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi
GANABATIRAU VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin
Keputusan pemecatan ini dibuat setelah anggota exco terbabit tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri dan semua surat yang dihantar kepada lima exco itu berkuat kuasa serta merta.
Bagaimanapun, Abdul Khalid menyatakan masih belum menulis surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail kerana berada di luar negara.
Makin menarik !!
MMI
No comments:
Post a Comment