Followers

Monday, 25 August 2014

Krisis Selangor BERAKHIR Besok ?!!


Benarkah krisis di bumi Selangor akan berakhir besok ?? Agak-agak apa keputusan yang bakal di buat apabila Khalid mengadap DYMM Sultan Selangor ? Semuanya masih menjadi tanda tanya dan MMI percaya apa jua keputusannya nanti akan menyebabkan 2 perkara berlaku.

1.Serangan bertali arus oleh puak-puak PKR dan pembangkang terhadap DYMM Sultan Selangor sekiranya Khalid dikekalkan atau DUN dibubarkan.

2.Rakyat terus diperbodohkan oleh pembangkang sekiranya kedudukan Wan Azizah dipersetujui oleh DYMM Sultan Selangor untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar berdasarkan jumlah kerusi DUN yang menyokongnya , politik sekali lagi dilacurkan oleh pembangkang khususnya Anwar Ibrahim.

Untuk rekod Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, hari ini, mengesahkan bahawa beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok, bagi memberi penjelasan tentang krisis yang berlaku di negeri itu.

Abdul Khalid dipercayai akan menghadap Sultan Sharafuddin pada pukul 2 petang Selasa.

Sultan Sharafuddin, yang sepatutnya kembali ke tanah air dari percutian luar negaranya pada 27 Ogos, pulang empat hari lebih awal ekoran krisis itu.

Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin susulan keputusan pimpinan tertinggi PAS dalam satu mesyuarat khas yang membuat pendirian untuk tidak menyokong lagi kepimpinannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Namun, dalam masa sama, PAS mengarahkan empat anggota Exco daripada parti itu untuk kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid.

PAS mencalonkan dua nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Mohamad Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Abdul Khalid.

Keputusan sebulat suara itu dibuat selepas mesyuarat khas jawatankuasa kerja pusat PAS, sekali gus menggugurkan sokongan parti itu sebelum ini terhadap Abdul Khalid.

Yang pasti PAS telah membuktikan mereka bukan lagi parti yang punya pendirian !! 

Akhir sekali apa jadi kalau lepas ni ROS kata keputusan PKR memecat Khalid adalah satu kesalahan ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels