Berikutan perkenan DYMM Sultan Selangor terhadap Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor , Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim kini sedang bermati-matian berusaha untuk memastikan hasrat mereka meletakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar menggantikan Khalid berjaya.
Pelbagai saluran digunakan bagi mendesak Khalid dan pihak-pihak yang menyokong Khalid supaya akur dan tunduk terhadap perancangan licik PKR khususnya Anwar Ibrahim untuk menguasai negeri Selangor.
Selain daripada usaha melobi parti-parti dalam Pakatan Rakyat , NGO BERSIH 2.0 juga turut memainkan peranan mereka untuk memastikan impian Anwar melihat Wan Azizah ditabalkan sebagai Menteri Besar Selangor tercapai.
Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih 2.0) mahu DYMM Sultan Selangor tidak diheret untuk mencampuri urusan politik khususnya didalam menentukan siapa Menteri Besar di negeri berkenaan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh NGO terbabit , satu kaukus Adun Pakatan harus ditubuhkan segera bagi mencadangkan Menteri Besar yang baru sebelum ia dihantar untuk mendapat perkenan Sultan.
Kenyataan BERSIH ini seolah-oleh menunjukkan bahawa mereka tidak mengiktiraf keputusan Sultan Selangor yang merestui Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Menteri Besar di negeri tersebut.
“Kami ingin mengingatkan bahawa kemelut yang timbul hasil perdebatan berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyebabkan timbulnya krisis perlembagaan di Selangor.
“Pengekalan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanya menyebabkan berlaku krisis perlembagaan di samping menafikan hak rakyat Selangor untuk mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan berfungsi sepenuhnya.
“Untuk menyelesaikan kemelut dan memecahkan kebuntuan ini, Pakatan Rakyat melalui sidang kaukus ADUN Pakatan Rakyat perlu segera menamakan Menteri Besar yang baru,” kenyataan Bersih dipetik.
Tindakan yang jelas membelakangi keputusan DYMM Sultan Selangor dan sesuatu yang harus diperhatikan adalah kenapa kenyataan sedemikian hanya dikeluarkan setelah keputusan dibuat oleh DYMM Sultan Selangor ?
Sedangkan pihak-pihak terbabit mempunyai masa dan ruang yang cukup untuk berbuat demikian sebelum isu ini di bawa ke pihak istana.
Malah PKR sebagai parti yang sering mendabik dada kononnya punya barisan pimpinan yang jauh lebih hebat daripada BN tidak mampu membuat keputusan sama ada membentuk kaukus atau apa jua yang membolehkan keputusan dibuat sebelum ini ?
Sebaliknya PKR lebih bernafsu menggunakan kepentingan politik untuk memecat Khalid sebagai ahli partinya.
Apa jua yang sedang berlaku di bumi Selangor sebenarnya dimulakan sendiri oleh PKR dan Anwar Ibrahim malah setelah mereka memecat Khalid barulah mereka sedar bahawa Sultan Selangor masih punya kuasa untuk menentukan kedudukan politik di Selangor demi kebaikan rakyatnya.
Untuk makluman apa jua yang dilakukan oleh BERSIH 2.0 hanyalah berdasarkan kepada kepentingan politik PKR dan Pakatan Rakyat semata-mata sedangkan perkara yang lebih utama perlu difikirkan adalah kepentingan rakyat selain daripada kedudukan DYMM Sultan Selangor sendiri.sumber
MMI
Si paria ini asal dari mana eh..tak bolihkah dia dilarang menjejak kaki di selangor...
ReplyDeleteBN mng undi popular di selangor..apa kata anwar?
ReplyDeleteAi.. Masa langkah kajang tadak suara ka aci? Itu time ok ka? Banyak tipu itu kajang tadak bising.. Ayo yo.. Sekarang lu mau ckp pasai perlembagaan ka... Ayo... Perlembagaan anwar ka?
ReplyDelete