Followers

Saturday 2 August 2014

PAS Keluar PAKATAN HAPRAK !!


































Sebelum apa-apa MMI suka nak nyatakan bahawa tidak ada sebarang keputusan mahupun kenyataan daripada parti PAS bahawa mereka keluar daripada Pakatan Haprak.Apa yang ampa baca di atas tu adalah hasil buah tangan pihak-pihak yang tidak dikenali atau lebih mudah kita sebut tak ada kerja lain selain daripada bikin ribut.

PAS seperti yang dikenali tidak akan membuat keputusan sebegitu memandangkan mereka masih lagi punya kasih dan sayang serta cinta yang tidak berbelah bahagi terhadap puak munafik PKR dan Kafir Harbi DAP.

Label sebagai pencacai begitu sukar sekali dipisahkan daripada PAS dan mungkin ianya sudah menjadi sebahagian daripada darah daging PAS untuk terus berpolitik.

Kenyataan media yang tersebar di media sosial tersebut sudah pun dinafikan oleh Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali.

Merujuk kepada AgendaDaily Mustafa berkata, berita yang tersebar di laman Facebook itu adalah palsu dan tidak perlu dilayani oleh semua pihak.

"Mana ada PAS adakan mesyuarat malam tadi, malah kenyataan itu langsung tidak masuk akal, tiada...tiada berita tentang itu," katanya.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad turut memberitahu tiada perbincangan langsung berhubung tindakan mahu keluar pakatan pembangkang.

Kami tidak ada langsung berbincang perkara itu walaupun dalam mesyuarat sebelum ini, malah malam ini pun mana ada mesyuarat PAS. Semua yang tersebar itu tidak ada sebenarnya," katanya.

PAS kini berdepan desakan golongan agamawan dalam parti Islam itu untuk mengkaji semula strategi mereka mengadakan pakatan dengan PKR dan DAP.

Ini berikutan beberapa tindakan pakatan pembangkang itu yang menguris perasaan orang Islam terutamanya dalam kes bible, kalimah Allah, isu ikut telunjuk DAP dan beberapa lagi.

PAS akan bermesyuarat 10 Ogos ini difahamkan antara agendanya adalah menentukan halatuju baru parti tersebut, samada kekal bersama pakatan atau sebaliknya.

Oh ya kalau betoi sekalipun Mustafa bukan mau mengaku , macam kes ari tu tak mengaku beb !!!

MMI

1 comment:

  1. Keputusan menarik diri keluar dari pakatan hanya boleh dibuat melalui Meyuarat Agung Khas.

    ReplyDelete

Labels