Followers

Wednesday 13 August 2014

Pesanan Untuk Hadi KELIBAT MEREKA KINI SUDAH SEMAKIN JELAS !!


Kenyataan di atas dibuat satu ketika dulu oleh salah seorang ahli PAS bernama Shanon Ahmad.PAS pada ketika itu begitu taksub dengan hubungan yang terjalin dalam Pakatan Haprak bersama DAP dan PKR sehinggakan mereka alpa seterusnya membuka ruang seluas-luasnya kepada agen-agen Anwar untuk menyusup masuk ke dalam parti.

Anwarinas walaupun tidak sehebat briged Al-Qassam atau agen 007 merupakan nama yang dilabel oleh banyak pihak terhadap segelintir kumpulan utama dalam barisan pimpinan PAS yang sebenarnya menjadi mata dan telinga kepada Anwar untuk memastikan parti yang mengaku meletakkan Islam sebagai perjuangannya ini berantakan.

Malah peranan mereka begitu hebat sekali apabila dalam sejarah tertubuhnya parti PAS , kumpulan ini berjaya memisahkan PAS kepada 2 kumpulan.Satunya adalah kumpulan yang mengaku profesional dan satu lagi adalah golongan ulama.

Pasti semua pihak sedia maklum bahawa sudah tercatat dalam sejarah bila mana insiden tuntutan kalimah Allah berlaku golongan ulama dalam PAS secara terbuka telah menyatakan bahawa kalimah Allah hanya boleh diguna pakai oleh orang Islam sahaja.Datuk Harun Din sendiri mengeluarkan kenyataannya yang panjang lebar yang boleh diikuti melalui saluran YouTube.

Namun keadaannya berbeza dengan kumpulan yang lagi satu apabila mereka yang juga secara terang-terangan mengaku malah bersetuju supaya orang-orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah seperti mana yang dituntut oleh pihak gereja.

Lihat sahaja peranan yang dilakukan oleh Mujahid Yusof Rawa.

Belum cukup setakat itu Khalid Samad dalam kenyataan sebelum ini pernah mengatakan bahawa setiap pandangan daripada Dewan Ulama PAS akan dibawa ke mesyuarat pucuk pimpinan parti dan keputusan hanya akan dibuat oleh jawatankuasa eksekutif parti.

Secara tidak langsung ia membuktikan peranan Dewan Ulama PAS hanyalah sekadar memberi pandangan dan bukannya pembuat dasar dan kerana itu mungkin kenyataan Datuk Harun Din menolak sebarang usaha pihak bukan Islam menggunakan kalimah Allah di tolak mentah-mentah.

Kini pucuk pimpinan parti khususnya Hadi Awang perlu benar-benar bersedia dan membuka mata seluas-luasnya untuk melihat apakah benar puak anwarinas ini benar-benar wujud dalam PAS ?

Insiden Selangor seharusnya menjadi platform terbaik kepada Hadi untuk benar-benar mengenali siapakah pemimpin PAS yang sebenar malah apa yang terhidang sepanjang konflik ini sudah pun menelanjangkan mereka-mereka yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada parti PAS.

Dalam konflik politik Pakatan Haprak di Selangor , walaupun Mursyidul Am PAS , Nik Aziz Nik Mat serta Presiden parti , Abdul Hadi Awang menegaskan untuk menyokong penuh Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor , Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali seolah-olah menyokong keputusan untuk memecat Khalid dari jawatan berkenaan.

Mustafa dalam satu kenyataannya menyatakan bahawa PAS akan tetap berada didalam Pakatan Rakyat biarpun Khalid Ibrahim dipecat dan dipaksa meletakkan jawatan.

Satu kenyataan yang cukup berbeza daripada pucuk pimpinan parti Baca Sini 

Terkini kenyataan daripada Naib Presiden PAS Husam Musa , beliau bukan sahaja mahukan supaya PAS terus bersama Pakatan Haprak tetapi turut membidas pandangan sesetengah pemimpin yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan berjuang bersendirian atau menyertai UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

MMI bukan mahu mengulas soal perpaduan antara UMNO dan PAS kerana ia adalah langkah yang sentiasa menjadi impian MMI sejak dulu tetapi soal Husam selaku Naib Presiden parti PAS yang telah membidas pimpinan sendiri dalam isu PAS meninggalkan Pakatan Haprak.

Jangan nafikan kenyataan itu tidak ditujukan kepada pimpinan PAS kerana semenjak krisis kepimpinan di Selangor sesetengah pihak dalam PAS kelihatan mahu keluar dari Pakatan Haprak selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR.

Ini kerana, pimpinan Ulama dalam PAS termasuk Majlis Syura Ulama membuat keputusan menyokong Khalid sebagai menteri besar Selangor berbanding cadangan PKR mahu menukarnya dengan  Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Inilah hakikat dan jawapan sebenar kepada persoalan selama ini tentang siapakah agen anwarinas dalam PAS !!

Hadi Awang perlu bingkas bangun dan menyusun semula pasukannya agar mereka tidak terus-terusan diperkotak-katikkan oleh manusia seribu wajah ini.

PAS mampu menjadi parti yang baik dan boleh bersama-sama dengan UMNO dalam mendepani cabaran yang kian hebat ini.Sama-sama kita pacu negara ini menjadi sebuah negara terkuat bukan sahaja dari sudut ekonomi dan sebagainya tetapi juga memenuhi impian seluruh umat Islam di Malaysia agar negara ini menjadi sebuah negara Islam paling hebat sebelum kita semua kembali bertemu ilahi.

Namun persoalan yang kini bermain di fikiran MMI adalah sejauh mana keikhlasan PAS untuk melihat semua ini berlaku ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels