Followers

Saturday 20 September 2014

ANWARINAS Semakin Berkuasa Pro Ulama Tak Belajar Dari Kesilapan #PengkalanKubor


Agak sukar untuk mendengar perkataan tahaluf siyasi pada ketika ini melainkan dalam muktamar PAS yang kini sedang berlangsung.Malah kerana tahaluf siyasi ala PAS itulah yang menyebabkan parti itu kini porak peranda akibat daripada sikap agen-agen anwarinas dalam parti yang kini sudah menguasai parti yang mengaku pejuang Islam tersebut.

Lihat sahaja aksi kata-mengata sesama sendiri melibatkan ahli PAS yang telah menelanjangkan parti itu hanya kerana ketaksuban sebahagian daripada mereka yang mengaku ahli PAS terhadap ideologi politik Anwar Ibrahim.

Hakikatnya PAS kini langsung tidak berani menyebut perkataan tahaluf siyasi khususnya di Pengkalan Kubor kerana sejak hari pertama kelibat sahabat sesyurga PAS hilang daripada pandangan umum.Jika ada sekalipun hanyalah beberapa kerat yang boleh dihitung dengan jari dan kehadiran mereka ternyata tidak langsung membantu kempen PAS.

Sebagai bukti, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meminta supaya kerjasama politik dalam pakatan itu dikaji semula, menunjukkan tokoh agama itu kini tidak lagi berkeyakinan dengan kerjasama itu.

"Tidak ada pemimpin DAP yang datang. (ketua pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim tiada, (Presiden PKR, Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) pun tidak ada. Ini maknanya keretakan itu sudah berlaku dalam pakatan pembangkang, dan hanya menunggu masa untuk berpecah.

"Tahaluf Siyasi itu sudah longgar. Kelonggaran ini mungkin disebabkan oleh tembelang (mereka) sudah terbuka," katanya ketika menyampaikan ceramah umum Barisan Nasional (BN) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pengkalan Kubor baru-baru ini.

Paling pasti usaha kumpulan pro ulama dalam muktamar PAS untuk menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Presiden dan Dewan Ulama bukan sahaja dianggap pengacau muktamar tetapi dihentam habis-habisan.

Bayangkan perwakilan yang mendoakan untuk kesejahteraan pimpinan dalam PAS dan memohon pertolongan Allah swt untuk mengelakkan parti itu dari terus dirogol oleh puak-puak anwarinas pun disanggah berdepan !!

Yang ada di Pengkalan Kubor ni siapa ?? PAS atau ANWARINAS ??!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels