Followers

Saturday 20 September 2014

PAS Terus Menabur FITNAH Di PRK #PengkalanKubor


Kempen PAS di Pengkalan Kubor kini lebih terarah kepada soal tuntutan royalti minyak walaupun mereka tahu Kelantan tidak layak untuk menerimanya.Berdasarkan undang-undang yang telah terpakai dan tertakluk kepada keputusan mahkamah , kerajaan negeri TIDAK BERHAK untuk mendapat 5% bayaran tunai hasil petroleum yang terdapat lebih dari 3 batu nautika dari pantai.

Namun begitu PAS masih lagi menjadikan isu royalti ini sebagai modal bagi setiap kempen mereka sedangkan hakikatnya rakyat dan penduduk Pengkalan Kubor mahu melihat iltizam dan perancangan setiap calon untuk DUN Pengkalan Kubor.

Di pihak BN pula , calon dan jenteranya sentiasa bergerak bertemu pengundi dan menawarkan perkhidmatan selain daripada janji untuk meneruskan legasi arwah Dato Di.

PAS sedar bahawa mereka selama ini telah melakukan kesilapan di Pengkalan Kubor kerana membiarkan kawasan ini di bela oleh wakil daripada UMNO.Disebabkan kebolehan dan keupayaan daripada arwah Dato Di , Pengkalan Kubor berubah sedikit demi sedikit hasil daripada kerjasama kerajaan Persekutuan.

Berbalik kepada isu royalti , Kerajaan Kelantan sememangnya tidak layak untuk menerima royalti sebagaimana negeri-negeri lain, termasuk Sabah, Sarawak dan Terengganu, kerana kawasan operasi bahan itu terletak di kawasan tuntutan pertindihan di bawah perjanjian perairan antarabangsa melibatkan negara jiran, Thailand dan Vietnam.

Mengikut peraturan perairan Negara, kawasan kosong hingga tiga batu nautika adalah tertakluk di bawah bidang kuasa atau hak kerajaan negeri, manakala tiga batu nautika hingga 200 batu nautika adalah di bawah Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

Sebenarnya ada 2 sebab penting, kenapa Kelantan tidak layak mendapat royalti minyak ;

1) Isu Jarak - Memang tuntutan royalti tak boleh sebab terlebih jarak.
2) Isu Lokasi - Kawasan tersebut turut dituntut Thailand dan Vietnam.

Ini dia peta lokasi untuk rujukan ;



Peta ini cukup jelas memberitahu Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya, dan Thailand juga adalah pelabur dalam pembangunan kawasan JDA ataupun MTJDA (Malaysia Thailand Joint Developement Area).

Sesuatu yang harus kita faham adalah tindakan PAS ini seolah-olah mahu memperbodohkan rakyat dengan mengajak mereka membuat tuntutan secara membabi buta sedangkan undang-undang sudah menyatakan dengan jelas dan menjawab persoalan kenapa Kelantan tidak mendapat royalti tersebut.

Namun begitu kerajaan persekutuan tetap menyalurkan peruntukan terhadap rakyat Kelantan melalui Wang Ehsan yang diperuntukan pada setiap tahun melalui agensi kerajaan.Terkini peruntukan terbabit akan dipecahkan kepada 2 iaitu 50% kepada Majlis Agama Islam Negeri Kelantan dan 50% lagi kepada agensi kerajaan untuk disalurkan kepada rakyat...MMI

No comments:

Post a Comment

Labels