Followers

Saturday, 27 September 2014

Cerita Dari TUMPAT Kelantan ...


Satu pengalaman yang amat bererti sepanjang MMI berada di Tumpat Kelantan ! Cukup menarik dan mengujakan apabila berada di hujung Malaysia seolah-olah PRK Pengkalan Kubor itu medan terakhir untuk dipertahankan maklumlah sempadannya hanya berjarak beberapa kilometer sahaja.

Peperangan PENTING apabila musuh cuba menawan Pengkalan Kubor !!! Hahaha otak filem MMI kadang kalanya menggila tatkala badan direbahkan ke tilam yang tak seberapa empuk itu namun keletihan dan isyarat mahukan supaya mata ditutup sementara menjadikan ia syurga dunia kepada MMI.

Tak dinafikan Pengkalan Kubor merupakan satu daerah asing buat MMI namun keramahan warganya membuatkan kita cepat selesa.Pelbagai menu makanan yang ternyata berbeza dari tempat kelahiran MMI turut menjadi penyebab kenapa dunia Pengkalan Kubor kini menjadi satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Malah ada seorang pembantu kedai (kakak) yang ketawa dengan kami (MMI & rakan2) apabila meminta BUDU ! Ish apa kenanya dengan permintaan kami ?? Rupa-rupanya si kakak tadi hairan kerana BUDU mahu dimakan dengan nasi goreng daging merah !! Hahahaha kami tumpang ketawa walaupun tak berapa faham.Mungkin di Kelantan orang tak pernah makan nasi goreng dengan budu agaknya !! 

Apa pun MMI dah pandai makan BUDU !!!

Di tempat MMI kerap kali bertemu dengan pihak Polis yang mengadakan sekatan jalan namun di Pengkalan Kubor bukan setakat Polis siap pasukan tentera lagi.Cukup segak dengan seragam mereka cuma tak sempat ambil gambar ( bukan tak sempat sebenarnya tapi gerun sebab masing-masing serius dengan raybannya huh tak berani bertanya hahaha) mereka sentiasa bersedia di sepanjang sempadan.

Jarak perjalanan dari satu tempat ke satu tempat tidaklah terlalu jauh tetapi memakan masa hampir 2 jam apabila tempoh berkempen tinggal 4 hari sebelum mengundi.Perghh memenatkan semacam berada di Kuala Lumpur !!!!

Paling menarik disinilah MMI bertemu rakan-rakan dari seluruh pelusuk negara , dan rata-rata yang bersama memang terbaik !! Macam-macam ragam tapi satu hati !! Terbaik ampa semua ....

Apa pun keputusan PRK Pengkalan Kubor memberikan sejuta makna kepada kami ... warga Pengkalan Kubor telah membuat pilihan bijak dan sesuatu yang harus diperhatikan adalah dimedan inilah PAS sering kali melakukan kesilapan demi kesilapan sehingga mereka hilang identiti malah sanggup mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.


PAS For All katanya apa yang All pun tau !!

Banyak isu sebenarnya malah sampai ke hari ini .. MMI buat keputusan tak mengulas dulu , ini artikel pertama setelah selesai PRK Pengkalan Kubor dan mungkin besok atau lusa MMI akan sambung artikel-artikel seterusnya.

Tahniah MMI ucapkan kepada YB Hj Mat Razi Mat Ail , ADUN Pengkalan Kubor diatas kemenangan bergaya tempoh hari.Kini masa untuk kamu meneruskan legasi arwah Dato Di dan sudah semestinya gerak kerja yang telah ditunjukkan oleh seluruh jentera BN dari seluruh negara di bumi Pengkalan Kubor harus kamu teruskan.

Semoga YB terus sukses dan dapat membantu warga Pengkalan Kubor yang baik hati !!

Well Done Guys !! Arios ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels