Followers

Monday 29 September 2014

Kelibat Anwar Di Mana-Mana ?!!!


Kem pembangkang dilihat semakin caca-marba akibat daripada pergeseran dalaman yang boleh mengundang kepada perpecahan besar dalam Pakatan Haprak.MMI sering kali menyebut bahawa BAPAK kepada semua parti yang mengaku sahabat dalam Pakatan Haprak bukanlah Anwar Ibrahim tetapi Lim Guan Eng yang kini semakin mengukuhkan kedudukannya di Pulau Pinang.

Bukan bererti Pulau Pinang milik Guan Eng tetapi rasa cemas dan terlalu TUNDUK pemimpin-pemimpin dalam PKR dan PAS terhadap DAP telah menyebabkan anak kepada pencetus tragedi 13 Mei 1969 ini semakin besar kepala.

Di mana Guan Eng dan DAP pada ketika PAS berperang di bumi Pengkalan Kubor ?? Ada puak pencacai yang kata itu strategi politik di Kelantan , kerana kehadiran pemimpin DAP akan mengudang rasa tidak senang ahli-ahli dan penyokong PAS yang berhempas pulas dalam kempen baru-baru ini sehinggakan terpaksa merelakan kemenangan calon BN dengan pertambahan majoriti.

Jika itu strateginya maka jelas penyokong PAS sendiri pun sebenarnya sudah menolak kerjasama dengan DAP cuma saki baki mereka yang mengaku makan babi dengan Guan Eng lagi bagus dari makan ayam dengan Najib sahaja yang masih mempertahankannya.

Entah kenapa puak-puak PAS yang lain masih lagi boleh membisu ?!!! Setia apa kalau sampai parti sendiri pun hampir MUSNAH !!!

Ramai yang kata Anwar juga tidak menjejakkan kakinya di Pengkalan Kubor disebabkan kemelut politik di bumi Selangor.Maklumlah diri dan isterinya langsung tak punya ruang untuk mengisi kerusi empuk Menteri Besar bernilai bilion ringgit tu , ditambah pula dengan sikap PAS yang main tarik tali menyebabkan Anwar langsung tidak mengendahkan kempen di PRK Pengkalan Kubor.

Namun ramai yang tidak tahu Anwar sebenarnya hadir dan kelibat beliau dapat dikesan dibeberapa tempat melalui lensa-lensa kamera yang ditangkap secara tidak sengaja.

Sepanjang hari pembuangan undi





Hari pertabalan Azmin sebagai MB Selangor


Last sekali dia turut meninjau Penjara Sungai Buloh !!!!


Janganlah pula puak-puak pencacai Pakatan Haprak kata semua gambar tu super impose , percaya sudahlah dan percayalah seperti mana kamu percayakan kelibat lelaki dalam rakaman video sedang beraksi dengan chinadoll itu bukan si Nuar.

Dan mungkin juga kerana kelibat si Nuar ni boleh berada di mana-mana maka kemunculannya di bumi Seberang Jaya tidak mendapat sambutan.


Hanya sekitar 300 orang sahaja yang hadir itupun setelah dicampur dengan jentera dan pihak penganjur.Berdasarkan tinjauan MMI , rata-rata pencacai yang hadir sedikit KELIRU kerana tak pasti dimana si Nuar ni akan muncul maklumlah sebelumnya kelibat beliau ada dimana-mana macam dalam gambar kat atas sana noo !!!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels