Followers

Monday 22 September 2014

GERAKAN Guling PRESIDEN PAS Bukan Cerita Main-Main !!! #PengkalanKubor


Dalam apa jua peperangan , MUSUH DALAM SELIMUT adalah musuh yang paling berbahaya berbanding kekuatan serta strategi sesuatu pasukan.Walau sehebat mana pun perancangan yang disusun dan sejauh mana kuatnya satu-satu pasukan , musuh dalam selimut MAMPU mengundang MUSIBAH !!

Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku dalam parti PAS ketika ini.Kewujudan PASMA benar-benar menyentap jantung pimpinan PAS yang SETIA dengan ulama.Sepengetahuan mereka ke semua ahli PAS bukanlah dari kalangan puak-puak yang gilakan jawatan mahupun kedudukan dalam dunia politik tetapi lebih kepada soal perjuangan mengangkat martabat ISLAM.

Ya..Itu dulu barangkali , sebelum PAS berbai'ah dengan Pakatan Haprak dan menjadikan DAP serta PKR sebagai kiblat baru mereka.Jika tidak masakan Mat Sabu selaku Timbalan Presiden secara terang-terangan menyarankan supaya PAS berubah dengan meninggalkan perjuangan Islam yang kononnya menjadi pegangan parti itu dengan membuka seluas-luasnya pintu parti untuk ideologi sosialis berkembang biak sejajar dengan perjalanan parti DAP dan PKR.

Mat Sabu melihat jauh kehadapan , kedudukannya akan tergugat sekiranya PAS terus dengan sikap menentang dasar Pakatan Haprak.

Jika itu berlaku , Mat Sabulah orang pertama daripada PAS yang akan terkena tempiasnya.Malah mungkin Mat Sabu akan menyertai DAP ... Tak mustahil bro !!!

Beliau dijaga dengan begitu baik oleh sahabat DAP sehinggakan Mat Sabu tidak lagi selekeh seperti sebelum ini.Wang ringgit bukan lagi menjadi masalah kepada Timbalan Presiden PAS ini kerana wang rakyat Pulau Pinang digunakan oleh Guan Eng untuk membayar elaun kepada beliau sebagai somebody dalam PBA.

Kerana itu sesuatu perlu segera dilakukan !! Mereka yang mahukan ideologi sosialis seperti mana amalan DAP perlu segera memikirkan jalan untuk memastikan pengaruh mereka masih relevan kepada TUAN mereka.

Pro ulama menjadi masalah kepada kumpulan ini untuk menguasai sepenuhnya parti PAS dan kerana kebimbangan itu maka lahirlah PASMA.Bukan niat MMI untuk menulis tentang PASMA tetapi cukup sekadar mendedahkan apa yang berlaku sebenarnya dalam perjumpaan mahupun mesyuarat mereka yang mengaku PASMA !!!



Secara mudah mereka mahu GULINGkan atau JATUHkan Presiden PAS dan sesuatu perlu segera dilakukan demi untuk memastikan kelansungan matlamat menghalalkan cara yang selama ini mereka amalkan.

" JANGAN dilepaskan peluang keemasan ini " mungkin itulah yang sering mereka perkatakan dan sesuatu yang menjadi persoalannya siapakah mereka dan siapakah yang menjadi 'key maker' kepada gerakan seperti ini ?

PAS tidak ikhlas di Pengkalan Kubor dan kita dapat melihatnya secara langsung dengan apa yang telah dan sedang berlaku dalam parti tersebut.

Tumpuan lebih terarah kepada soal kedudukan Menteri Besar Selangor dan kerjasama bersama Pakatan Haprak sedangkan hakikatnya PAS langsung tidak berperanan untuk membantu orang Melayu di Pulau Pinang pada ketika rejim DAP menekan mereka.

PAS dalam kempen di Pengkalan Kubor menjadikan isu tuntutan royalti sebagai agenda utama kononnya untuk memakmurkan rakyat Kelantan , namun hakikatnya puluhan JANJI mereka selama ini pun tidak MAMPU ditunaikan !!

ANWARINAS = PASMA Hmmm hati-hati bro !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels