Followers

Thursday 18 September 2014

Isu ROYALTI PAS Jilat Ludah SENDIRI #PengkalanKubor

 

Secara zahirnya isu royalti yang dimainkan oleh PAS di Pengkalan Kubor merupakan siri kempen terdesak mereka memandangkan PAS sebenarnya tidak punya isu.PAS sendiri pun secara batinnya tahu bahawa kedudukan mereka di Pengkalan Kubor malap kerana asyik berpolitik sehingga lupa untuk melihat hal atau soal kebajikan rakyat selama ini.

PAS juga tahu mereka telah melakukan satu kesilapan besar di Pengkalan Kubor memandangkan sebagai parti pemerintah di Kelantan , seharusnya PAS atau mana-mana wakilnya mampu untuk meyakinkan rakyat di situ kerana mereka punya kuasa sebagai kerajaan negeri.

Namun mungkin kerana emosi melampau disebabkan kekalahan wakil mereka dalam PRU13 yang lalu maka PAS mengambil ketetapan membiarkan UMNO untuk menguruskan Pengkalan Kubor dengan harapan pengundi akan menerima kesan jangka panjang.

Tetapi penduduk Pengkalan Kubor bernasib baik kerana telah memilih wakil daripada Barisan Nasional yang sudah pun diperakui sebagai pemimpin dan wakil rakyat yang mesra dan dekat dengan penduduk.

Pelbagai usaha di lakukan oleh wakil BN dengan bantuan daripada kerajaan pusat telah merubah Pengkalan Kubor menjadi sebaliknya.Pembangunan yang dibawa membuka mata kebanyakkan penduduk bahawa pilihan mereka ternyata tepat.

Inilah yang menjadi masalah kepada PAS dan jenteranya hari ini , kehadiran mereka dalam siri kempen kali ini tidak mendapat sokongan daripada rakyat serta pengundi di DUN Pengkalan Kubor.

Malah kerana itu juga PAS terpaksa menggerakkan NGO yang kononnya memperjuangkan tentang hak royalti bumi Kelantan walaupun penerangan sudah diberikan berkali-kali oleh kerajaan pusat bahawa negeri itu tidak layak untuk mendapat royalti seperti mana yang diwar-warkan.

Malah tindakan sebahagian daripada penceramah PAS yang terus-terusan menggunakan modal royalti sehingga membuat tuduhan bahawa kerajaan pusat membayar royalti kepada kerajaan Thailand mengundang padah.

Satu laporan POLIS sudah pun dibuat petang tadi dan MMI yakin pihak bertanggungjawab akan melakukan siasatan seterusnya membawa mereka-mereka ini kemuka pengadilan.

Seperkara yang mungkin rakyat tidak sedar adalah isu berkaitan royalti ini sudah pun dibawa ke peringkat mahkamah sebelum ini dan paling menarik ianya dibawa oleh pihak PAS atau mereka yang pro kepada PAS sendiri.

Persoalannya ...

Apakah mereka hari ini tidak pula mempercayai sistem perundangan yang mereka sendiri pilih ?

Kecelaruan inilah yang menyebabkan PAS hilang fokus sebenarnya !!

ASASnya PAS tidak punya ISU di Pengkalan Kubor dan kerana itu apa jua yang mampu untuk menjejaskan imej Barisan Nasional akan diguna pakai... MMI

No comments:

Post a Comment

Labels