Followers

Thursday, 18 September 2014

PBB Mahu Malaysia Mansuh Akta Hasutan !! Tangan GHAIB Mula Main Peranan ....


Secara tiba-tiba Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu begitu mengambil berat tentang Malaysia.Kononnya atas dasar kemanusiaan barangkali sampaikan mereka yang kat luar sana tu perlu segera menghulurkan tangan supaya hak orang-orang yang teraniaya itu di bela.

Ayat seterusnya dari MMI .... KEPALA HOTAK AMPA !!!!

Sebelum tu Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Manusia menyuarakan kebimbangan terhadap apa yang dilihatnya sebagai peningkatan penindasan untuk bersuara secara aman di Malaysia.

“Akta Hasutan Malaysia terlalu luas dan tidak menggariskan kriteria yang jelas untuk hasutan,” kata jurucakap itu Rupert Collvile dalam satu kenyataan.

“Kami menyeru kerajaan supaya segera memulakan kajian semula yang dijanjikan terhadap akta tersebut dan memansuh atau memindanya selaras dengan obligasi hak asasi manusia antarabangsa.”

Oleh itu, ia menggesa kerajaan menghentikan tindakan di bawah akta itu dan menggugurkan semua pertuduhan.

Colville menegaskan bahawa antara 19 orang yang berdepan tindakan di bawah akta tersebut sejak bulan Ogos termasuk anggota masyarakat sivil dan pemimpin agama.

Agak menghairankan apabila si keparat ini hanya menuding jari kepada Malaysia sedangkan banyak lagi negara lain turut mengamalkan akta yang serupa.

Kenapa agaknya Rupert Collvile tidak menyebut Amerika Syarikat bukan sahaja perlu dikenakan tindakan oleh PBB dengan segera kerana mereka pernah membelakangkan PBB dalam beberapa siri serangan secara HARAM terhadap beberapa negara di dunia yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa ????

Tak perlu dihurai panjang lebar sebab kita tahu bahawa selain si Rupert Collvile ada lagi pihak lain yang terkinja-kinja menghulurkan tangan ghaib mereka untuk merealisasikan hasrat melihat Malaysia musnah dan punah !!!

Jangan lupa tentang pendedahan dokumen langkah Kajang sebelum ini Klik Sini

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels