Hari ini masuk hari kedua di PRK Pengkalan Kubor , rata-rata parti bertanding sudah pun memulakan kempen masing-masing dan menjalankan tugas-tugas rutin parti seperti biasa.Proses penamaan calon yang dikira lancar itu dilihat menarik apabila tidak berlaku sebarang insiden yang boleh dikategorikan sebagai kecacatan PRK Pengkalan Kubor walaupun ada sedikit kejadian manusia-manusia yang dikuasai emosi melampau mengusung pocong oleh penyokong PAS.
Namun semua itu setakat hari kedua , MMI sendiri belum pasti apa yang bakal berlaku seterusnya dan pengalaman PRK-PRK sebelum ini segalanya boleh berlaku.
Apa pun MMI optimis PRK N01 merupakan pentas terbaik untuk rakyat khususnya pengundi di DUN Pengkalan Kubor menilai serta melihat kepada realiti sebenar siapakah yang lebih layak dan benar-benar ikhlas untuk terus membela rakyat.
Semenjak hari penamaan calon lagi pemimpin Barisan Nasional sudah pun memperlihatkan perwatakan mereka yang jelas punya rasa hormat serta keikhlasan yang tinggi.
Lihatlah gambar-gambar atas dan dibawah bagaimana rasa hormat itu mengatasi segala-galanya.Walaupun pernah dicaci dan dihina sehingga dikafirkan , pemimpin Barisan Nasional tahu manusia kadang-kalanya melakukan kesilapan dan mereka perlu dimaafkan kerana manusia itu tidak sempurna.
MMI percaya ada dikalangan juak-juak pembangkang diluar sana yang mula mencemuh gambar-gambar tersebut dengan alasan bahawa ini adalah strategi dan taktikal pilihanraya.Apa jua yang berlaku itu adalah lakonan politik yang punya tujuan dan matlamat tersendiri.
Katalah apa pun kerana keikhlasan itu lahir dari jiwa yang satu dan hanya yang ESA tahu sejauh mana kejujuran itu.
Malah jika itulah yang diperkatakan , MMI yakin gambar dan aksi-aksi dibawah ini jauh lebih dasyat lakonannya malah mungkin kategori munafik !!!
Gambar atas adalah solat hajat yang dilakukan oleh jentera PAS bagi mendoakan kemenangan calon PAS yang diangkat sebagai seorang kantraktor terpilih.Tak salah bersolat hajat sekalipun namun kenapa perlu diadakan dipadang rumput ?
Bukankah Kelantan merupakan serambi Mekah seperti mana yang sering diwar-warkan ? Takkanlah tidak ada masjid langsung yang dibina oleh kerajaan negeri selama ini ?
Mudahnya kenapa perlu gambar ?
Disinilah yang kita perlu faham , mereka sering kali menuding jari menyalahkan apa jua yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional tetapi mereka tidak sedar bahawa empat jari lagi sedang menghala kearah diri sendiri.
Pukoi rata ini juga adalah modal kempen politik PAS di Pengkalan Kubor !!!!
MUNAFIK ??? Hmm nilaikan !!!!
MMI
No comments:
Post a Comment