Followers

Tuesday 16 September 2014

PAS Mulo Agih BANTUWE , Eh Buke Rasuoh Ko Ni Abe ?? #PengkalanKubor


Tu dia !! Kalau dulunya bukan main lagi semuanya dikatakan RASUAH , apa jua yang BN lakukan pasti rasuah waima bantuan yang dihulurkan itu berupa barangan keperluan harian kepada mereka-mereka yang memerlukan sekalipun dianggap rasuah.

Mungkin kerana musibah yang terus menimpa kem PAS sejak hari penamaan calon lagi , jentera PAS kini memilih untuk melakukan perkara yang sama dengan Barisan Nasional.

Jentera PAS kini dilaporkan mula mengagihkan bantuan berupa beras , kopi dan keperluan harian lain (siap dengan logo parti lagi) kepada pengundi dikawasan Pengkalan Kubor.


Alo my brother !!! Yang ampa bagi tu nak dikira macam mana ??? Sedekah ?? Amal jariah ?? Zakat ??

Inilah kerja puak-puak munafik ni , MMI tak pernah mempertikaikan tiap bantuan yang menerjah ke tangan penerima kerana ia sudah cukup untuk meringankan beban mereka.

Tetapi kerana sikap PAS yang selama ni asyik dengan tuduhan bahawa UMNO dan BN rasuah maka apa yang PAS lakukan hari ini memberikan kita semua satu jawapan bahawa PAS juga mengamalkan RASUAH malah mungkin lebih dasyat dari itu kerana mereka juga pernah MERASUAH AGAMA !!!

Jangan lupa PAS pernah menjanjikan SYURGA kepada pengundi mereka !!!

Kuasa TUHAN pun puak-puak ni SAILANG sebab nak RASUAH pengundi beb !! Fikir tengok ?!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels