Followers

Tuesday 16 September 2014

Tebatan Banjir PAS Tolong Bertanggungjawab SIKITLAH !!! #PengkalanKubor


PAS dalam siri kempennya dengan mudah terus sahaja menuding jari kepada Barisan Nasional apabila melibatkan hal tebatan banjir di Pengkalan Kubor.Seolah-olah mereka mengajak rakyat agar jangan sesekali belajar erti bersyukur.

Paling aneh kenapa isu ini ditimbulkan sewaktu PRK Pengkalan Kubor ?? Kenapa tidak tindakan secara agresif seperti ini dilakukan sejak awal dulu ?? 

Biasa bro !! PAS nak cari isu untuk lemahkan Barisan Nasional itu sahaja !!!!

Oklah cerita tentang tebatan banjir ni secara pukalnya merupakan satu perancangan mega khusus untuk rakyat di Pengkalan Kubor.Dan sudah semestinyalah sebagai sebuah kerajaan segala perancangan perlu melalui beberapa prosedur tertentu agar ianya dapat berjalan dengan baik.

Untuk makluman , satu draf Perancangan Kawasan Khas PENGKALAN KUBOR telah disediakan pada tahun 2013. Matlamat perancangan ini adalah untuk membangunkan ekonomi, fizikal dan komuniti Pekan Pengkalan Kubor dan sekitarnya menjelang tahun 2020.

Menurut Ringkasan Eksekutif rancangan tersebut yang mempunyai 34 muka telah memperincikan rancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JpBD) Semenanjung Malaysia untuk memajukan kawasan ini sehingga menjadikan ia kawasan tumpuan ekonomi bertemakan ‘Gerbang Negara, Indah Sejahtera’.

Rancangan ini juga telah menggariskan beberapa konsep dan strategi pembangunan  serta membahagikannya kepada 4 zon untuk tujuan pembangunan.


Projek Benteng Tebatan Banjir Sg. Golong & Sg. Mentua telah dinyatakan di dalam Zon 4: Pembangunan Baru dan di bawah Cadangan Pembangunan Infrastruktur.

Rancangan Kawasan Khas (RKK) ini disediakan di bawah peruntukan subsekyen 16B (1), (2) dan (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976. Subsekyen 16B telah menyatakan bahawa Pengarah Negeri Kelantan atau pihak berkuasa perancang tempatan atas daya usahanya sendiri atau diarahkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri boleh mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa tersebut suatu perancangan kawasan khas.

Sekiranya dilihat pula kepada struktur Jawatankuasa Perancang Negeri seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 4 (1), akta yang sama, jelas dinyatakan bahawa pengerusi Jawatankuasa tersebut mestilah seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri. Timbalan Pengerusi pula adalah Exco Negeri tersebut yang pada mana hendaklah tidak lebih daripada tiga orang.

Seksyen 15 (1A) pula menunjukkan kelulusan ataupun penolakan perancangan tersebut adalah dibawah Jawatkuasa tersebut yang ketika ini terdiri daripada PAS sendiri.

Secara jelas di sini, pihak Kerajaan Pusat melalui JpBD Semenanjung Malaysia telah mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Namun, apa yang menjadi permainan politik di pentas ceramah PAS adalah menyalahkan BN yang sebelum ini memegang ADUN Pengkalan Kubor kerana tidak dapat menyelesaikan masalah tebatan banjir Sg. Golok dan Sg. Mentua.

Taktik PAS yang secara jahatnya menghasut penduduk Pengkalan Kubor untuk mempercayai bahawa projek tebatan banjir adalah di bawah kuasa Kerajaan Pusat seterusnya mengaitkan dengan BN. Tanggung jawab yang sebenar untuk menyelesaikan masalah tebatan banjir di Pengkalan Kubor terletak pada bahu Kerajaan Negeri di bawah pimpinan PAS.

Tidak wajarlah PAS memfitnah Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar kerana gagal membina tebatan banjir di Sg. Golok. Malahan, beliau antara yang terlibat di dalam perancangan untuk memajukan Pengkalan Kubor untuk menjadikan ekonomi, infrastruktur dan komuniti Pengkalan Kubor lebih maju dan berdaya saing....untuk detail Klik Sini 

So PAS tolong bertanggungjawab sikitlah !! Jangan main balun ja dah la orang makin meluat dengan tindak-tanduk ampa .. Patutnya sebagai pihak yang punya kuasa di peringkat negeri ampa boleh buat sendiri bro !! 

Inilah masalahnya apabila ampa selama ni banyak tidoq dari bekerja !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels