Followers

Tuesday 30 September 2014

Perang Makin RANCAK Antara Nasrudin & Kit Siang !!


Lim Kit Siang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan kecundang di Kelantan memandangkan parti itu GAGAL merampas DUN Pengkalan Kubor yang dimenangi oleh Barisan Nasional dengan pertambahan majoriti.

DAP melihat PAS akan gagal mempertahankan Negeri Kelantan sekaligus dirampas Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang ekoran kemenangan besar parti komponen itu.

Ianya berkemungkinan berlaku apabila peralihan undi 4.5 peratus terhadap PAS dan Pakatan Rakyat (PR) melibatkan di kawasan-kawasan Parlimen dan Dun di negeri itu.

“Jika Pengkalan Kubor berlaku (di semua tempat di Kelantan), Pakatan hanya akan mendapat 20 kerusi dan BN pula 25 kerusi.

“Ini bererti kuasa untuk memerintah negara akan hilang,” katanya dalam majlis makan malam DAP di Petaling Jaya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan hasil kaji selidik parti itu mendapati, sokongan rakyat negeri Kelantan terhadap PAS menurun mendadak ke paras 50 peratus.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak dakwaan tersebut dan menyangkal faktor kekalahan PAS di Pengkalan Kubor disebabkan kesan daripada konflik pentadbiran di Selangor.

Begitulah keadaannya setelah PAS GAGAL di Pengkalan Kubor.

Yang agak menghairankan bagaimana Kit Siang boleh pula mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan hakikatnya DAP langsung tidak turun membantu jentera PAS yang dibiarkan terkial-kial di Pengkalan Kubor ?

Bagi MMI suara Kit Siang itu adalah isyarat daripada DAP bahawa parti itu tidak lagi mengharapkan sokongan PAS setelah apa yang berlaku khususnya dalam isu di Selangor.Penafian daripada Tuan Ibrahim Tuan Man pula langsung tidak masuk akal memandangkan rata-rata pengundi di Pengkalan Kubor khususnya penyokong PAS secara jelas kecewa dengan sikap PAS yang masih lagi mahu bersahabat dengan DAP dan PKR.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Nasrudin Tantawi membalas kenyataan Kit Siang itu dengan membuat perbandingan kedudukan prestasi DAP dalam 2 PRK sebelum ini.

PRK Balingian dan Teluk Intan ternyata telah menelanjangkan DAP yang sebelum ini begitu bongkak kononnya rakyat Malaysia tidak lagi meletakkan kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Lebih malang Kit Siang lupa bahawa Teluk Intan merupakan kawasan DAP yang GAGAL dipertahankan sedangkan hakikatnya di Pengkalan Kubor sememangnya merupakan kubu kuat Barisan Nasional.

Pada pengamatan MMI , Pengkalan Kubor walaupun dulunya milik BN , tetapi secara dasarnya ia terletak dalam sebuah negeri yang dikuasai oleh PAS.Kekalahan dan kegagalan mengurangkan majoriti kepada BN membuktikan betapa PAS sebenarnya turut GAGAL seperti mana GAGALnya DAP di 2 kawasan PRK sebelum ini.

Walaupun peperangan diantara kedua-dua pemimpin ini semakin rancak , sejauh manakah serangan Nasrudin mampu diterjemahkan untuk menyedarkan ahli-ahli PAS yang lain bahawa parti itu hanya dipergunakan oleh Pakatan Haprak ?

Kebanyakkan pemimpin PAS hari ini dilihat terlalu lemah dan takut dengan bayang-bayang sendiri apatah lagi untuk menentang DAP dan PKR.Doktrin dan kelemahan pucuk pimpinan PAS bukan sahaja akan melenyapkan suara Nasrudin seperti mana yang berlaku sebelum PRK Kajang satu ketika dulu tetapi bakal mengheret parti itu menjadi hamba dan gurkha kepada Pakatan Haprak.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels