Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membatalkan saman yang difailkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Hassan Tantawi, dengan kos sebanyak RM500.
Nasrudin mengesahkan perkara tersebut dalam satu catatan di facebooknya pada tengah malam Isnin.
"Peguam saya maklumkan siang tadi bahawa saman Ketua Menteri Pulau Pinang ke atas saya dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang," kata beliau.
Difahamkan perintah pembatalan tersebut dibuat oleh Pendaftar Mahkamah disebabkan kegagalan Peguam Guan Eng untuk mematuhi Aturan Pliding tentang keabsahan Writ Saman, iaitu kegagalan untuk menandatangi Writ Saman tersebut yang menjadikan dokumen tersebut tidak sah untuk didaftarkan di Mahkamah.
“Peguam Guan Eng cuba memberi penjelasan dan mendesak Mahkamah menerima dokumen yang cacat tersebut, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
“Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan writ saman tersebut dan memberikan kebebasan kepada Guan Eng untuk memfailkan semula,” lapor portal TKO.
Dalam kes itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP diwakili oleh Peguam S Shanmugan manakala Nasrudin diwakili oleh peguam Wan Rohimi Bin Wan Daud.
Pada Ogos lalu, Guan Eng berkata beliau mahu meneruskan tindakan undang-undang terhadap Nasrudin kerana gagal memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah.
Guan Eng berkata notis saman itu telah kepada anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu berhubung kenyataannya di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?”, pada 6 Ogos lepas.
Nasrudin dalam artikelnya mempersoal mengapa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikecam berhubung projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex), tetapi tindakan sama tidak ditujukan kepada Guan Eng dalam pembinaan terowong dasar laut yang didakwanya diberikan secara rundingan terus.
Menurutnya, projek terowong berjumlah RM4.63 bilion itu dibiayai sepenuhnya kerajaan DAP Pulau Pinang dan dianugerahkan kepada pemaju, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd secara rundingan terus.agendadaily
Ada dua perkara yang boleh kita perhatikan disini ..
1.Sekali lagi isu ini menjadi BUKTI betapa DAP tidak langsung mengamalkan kebebasan bersuara seperti mana yang mereka lalakkan selama ini.Hanya kerana Nasrudin mempersoalkan tentang kaitan isu Kidex dan pembinaan terowong bawah laut beliau diSAMAN oleh Guan Eng !!!
2.Setelah serangan bertali arus Nasrudin terhadap Kit Siang akibat daripada kedangkalan pemimpin haprak DAP itu berkaitan kekalahan PAS di Pengkalan Kubor , adakah pembatalan SAMAN ini turut punya alasan lain atau ada cerita kira-kira ??
MMI
MANA ADA KIRA2...
ReplyDeleteBLOGGER BN SEPATUTNYA SERANG LIM GUANG ENG...
LIM GUANG ENG TAK NAK RAHSIA PROJEK TERDEDAH KPD PENGETAHUAN UMUM..
DAP Bapak Segala Rasuah Malaysia..
BLOGGER TOLONG LAH DEDAH HAL PROJEK PENIPUAN DAP NIEH
UStaz Nasaruddin Tantawi Memang seorang Individu Yang Hebat, Cekal, Yakin dan bertawakkal dgn Pertolongan drp Allah hasil drp istiqamah dan muhasabah diri..
Ust Nasa nie memang hebat... Tahniah Ustaz, Alhamdulillah pertolongan Allah memberikan kemenangan dan Ketakutan Lim Guang Eng sangat terserlah..
teruskan berjuang menentang rasuah lim guan eng...expose him...jangan dia ingat dia boleh bercakap ikut suka dia..mengapa tarik saman kalu lu lasa lu betut...sampai masa berjuang kerana allah dan berjuang untuk kebenaran..semoga allah memelihara orang yang benar..
ReplyDelete