Bagi mereka yang sedang bercinta sudah pasti masak benar dengan ungkapan "Tragedi Oktober" sebab ianya pernah menjadi judul lagu artis bernama Awie satu ketika dulu.Lagu yang menceritakan tentang percintaan yang penuh dengan ranjau dan duri malah pujuk rayu sang putera terhadap puterinya.
Fuh jiwang pula pagi-pagi ni , back on track .... itu tentang lagu dan cinta ! Apa yang MMI nak kupaskan disini adalah tentang tragedi pengumuman kenaikan harga minyak petrol RON95 oleh pihak kerajaan semalam yang telah menyebabkan berlakunya kesesakan di stesen-stesen pam di seluruh negara.
Ada yang menyebut macam besoknya minyak dah habis !! Tapi itulah hakikatnya warga Malaysia akan amat terkesan dengan sebarang kenaikan harga lebih-lebih lagi melibatkan minyak petrol.
MMI sebenarnya faham tentang proses pengurangan subsidi yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau lebih dikenali sebagai rasionalisasi subsidi negara , apatah lagi ramai yang buat-buat tak sedar bahawa kebanyakkan subsidi yang ditanggung kerajaan selama ini sering kali disalah gunakan.
Pasti tak popular namun MMI nak sebutkan juga bila mana subsidi minyak khususnya sering kali disalah gunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab walaupun tak ramai yang terlibat.Penyeludupan , kaedah perlaksanaan subsidi yang menyeluruh hinggakan pihak yang tak sepatutnya menerima subsidi pun dapat dan semua ini telah menjadi beban kepada pihak kerajaan.
Antara yang sampai ke pengetahuan MMI adalah bagaimana bantuan subsidi ini turut disalah gunakan oleh mereka yang setiap bulan di bantu.Pernah sekali MMI dimaklumkan bantuan subsidi minyak ini sudah sampai ke tahap berlebihan dan ada yang menggunakannya untuk menampung perjalanan percutian keluarga.
Terkejut bukan ?? Tapi MMI tak ada BUKTI kukuh sebab semuanya sekadar perbualan namun hakikatnya berlaku ketirisan yang amat teruk sekali.Siapa yang melakukannya ????
Rasanya kita semua dah boleh mengagak !!
Tak kurang juga yang melontarkan persoalan di mana pihak penguatkuasaan yang sepatutnya melakukan tugas mereka ? Wang gaji pada setiap bulan itu bukan sahaja dibayar oleh pihak kerajaan tetapi di bahu mereka disandarkan amanah yang amat berat.
Soalnya kenapa masih berlaku ketirisan ?
JANGAN salah faham , MMI bukan nak divert isu ni kepada pihak lain tetapi sekadar berkongsi !!
Banyak perkara lagi sebenarnya yang menjadi penyebab kepada berlakunya pengurangan subsidi minyak tetapi hasil dari pemantauan MMI sejak pengumuman semalam rata-rata rakyat Malaysia termasuk penyokong kerajaan mahupun pembangkang hanya fokus kepada 20 sen.
Bermacam-macam cerita timbul termasuklah gambar-gambar yang disebarkan melalui ruang media sosial semuanya berkisar tentang 20 sen dan juga pihak kerajaan.
Untuk itu ada 5 perkara yang MMI rasa WAJAR dikongsikan dengan semua..
1.Rakyat tidak mahu ambil tahu tentang jumlah RM21 bilion subsidi minyak yang masih ditanggung oleh kerajaan sepanjang tahun 2014 walaupun subsidi minyak telah dikurang sebanyak 20 sen.
2.Rata-rata rakyat bukanlah dari kalangan mereka yang senang , walaupun ada keluarga yang punya 2 buah kereta mereka bukan dari kalangan kelompok yang boleh kita labelkan sebagai SENANG.Ini hakikatnya kerana mereka-mereka ini tetap perlu merancang kedudukan kewangan hinggakan ada yang perlu menetap di rumah sahaja tanpa merancang sebarang aktiviti luar atau melancong dalam negara selama hampir 4 ke 5 bulan sebelum tarikh cukai jalan dan insuran kenderaan tamat tempoh.
3.Pengumuman pengurangan subsidi minyak ini dilakukan pada ketika rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu bakal menyambut Hari Raya Haji dalam tempoh masa tak sampai beberapa hari sahaja lagi.Sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan walaupun MMI percaya mereka yang berada di perantauan TETAP akan pulang ke kampung masing-masing.
4.Menjadi tanda tanya kenapa pengurangan subsidi minyak ini yang dilakukan atas nama rasionalisasi subsidi negara tidak disertai dengan pengumuman tentang kaedah untuk menangani isu penggunaan subsidi oleh warga asing ? Bagaimana pula kaedah yang akan diguna pakai oleh pihak berwajib untuk menyekat aktiviti penyeludupan ?
5.Jika kedudukan ekonomi negara tidak begitu memberangsangkan , mengapa perlu BR1M diteruskan ? MMI tak nafikan peranan BR1M kerana ia mampu menggerakkan aktiviti ekonomi dalam negara namun dalam suasana dan keadaan sebegini dengan pemberian one off itu rasanya ia tidak menguntungkan kerajaan.
Sekali lagi MMI nak ingatkan bahawa artikel ini bukan menentang dan menolak dasar kerajaan Barisan Nasional tetapi sekadar percambahan minda dan MMI gunakan ruang ini untuk menyuarakan apa yang MMI perhatikan selain daripada membawa keluhan mereka-mereka diluar sana.
Persoalan yang masih berlegar dalam kepala otak MMI , kenapa kita tidak mahu belajar ???
1.Sebagai KERAJAAN kenapa kita tidak mahu mengambil pengalaman sebelum-sebelum ini khususnya tentang hal kenaikan harga minyak ? Isu ini sejak sekian lama menjadi isu yang paling sensitif dan sedarkah kerajaan bahawa pendekatan dan dasar yang tidak popular ini telah menyebabkan banyak pihak mengutuk Perdana Menteri dan kerajaan ?
2.Sebagai RAKYAT kenapa kita tidak mahu belajar atau menyelami apa yang sedang dilakukan oleh pihak kerajaan ? MMI yakin bahawa kerajaan punya alasan berbuat demikian dan semestinya ia melibatkan soal kemajuan serta kemakmuran sebuah negara bernama Malaysia.Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan negara terus berdaya saing dan mampu menghadapi tekanan dalam semua hal termasuklah kedudukan ekonomi kerana ia turut sama menentukan survival rakyatnya.
Seperkara yang perlu kita sama-sama fikirkan adalah bukan senang untuk melakukan sesuatu kerana ia memerlukan kekuatan serta perancangan rapi diikuti dengan alasan yang munasabah.
Percayalah bukan senang untuk kita selamatkan sejumlah wang saku kita selama hampir 5 bulan semata-mata untuk membuat persediaan membayar cukai jalan.
MMI rasa begitu jugalah dengan kerajaan bukan senang untuk menyelamatkan sejumlah wang yang selama ini diLAHAP oleh mereka yang tidak LAYAK semata-mata untuk mengembalikannya kepada yang BERHAK !!
Seperti yang MMI tulis sebelum ini , secara peribadinya MMI kurang bersetuju dengan pengurangan subsidi minyak yang diumumkan semalam tetapi alasan pengurangan itu yang dikaitkan dengan rasionalisasi subsidi negara sedikit sebanyak membuatkan MMI mahu melihat sejauh mana kaedah dan perlaksanaannya nanti.
Benarkah apa yang berlaku semalam satu tragedi ??
Semoga segalanya kembali TENANG ....
MMI
TUMBANGKAN KERAJAAN BN..20 SEN
ReplyDeleteMmg layan MMI ... 2 2 kena pikir
ReplyDelete