Followers

Thursday 2 October 2014

TERKINI Guan Eng Akan Ikut JEJAK Azmin KEKALKAN HARGA PETROL ??!!!!


Sememangnya pengumuman pengurangan subsidi minyak petrol RON95 dan Diesel memberikan impak yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia.Sejak semalam pelbagai pandangan telah disuarakan sama ada secara langsung melalui kedai-kedai kopi mahupun di ruang media sosial.

Disebabkan keluhan rakyat maka dikhabarkan kerajaan negeri Selangor dengan Menteri Besar yang baru Azmin Ali akan memastikan tiada kenaikan harga minyak di bumi Selangor.Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memperuntukan RM1 billion bagi menampung penarikan subsidi yang telah ditarik balik oleh kerajaan pusat.

Begitu hebat sekali Menteri Besar Selangor yang baru ni , cukup dekat dengan rakyat bahkan melihat daripada tindakan segeranya berkaitan isu kenaikan harga minyak semestinya Azmin sudah membuktikan bahawa beliau merupakan pilihan yang tepat malah begitu memahami denyut nadi rakyat di akar umbi.

Serentak dengan itu Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan turut sama akan mengikut jejak Selangor dan akan memperuntukan sejumlah peruntukan besar hasil daripada sikap berjimat cermat kerajaan negeri DAP selama ini untuk memastikan rakyat di Pulau Pinang tidak terbeban.

Sebagai kerajaan negeri yang sering melalak bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik dari BN sebelum ini , maka sudah pasti Rejim DAP di Pulau Pinang MAMPU menzahirkannya dan ini menjadi BUKTI bahawa sememangnya Guan Eng dan Rejimnya amat mengambil berat dan prihatin dengan nasib rakyatnya.

Jika selama ini kerajaan pusat sering kali dituduh sebagai GAGAL merasai denyut nadi rakyat maka saat dan ketika ini sudah pastilah Guan Eng perlu segera membantu memandangkan ia adalah keutamaan mereka.

Kepada penduduk di Pulau Pinang dan Selangor tidak lagi perlu risau kerana kedua-dua negeri di bawah pembangkang ini bakal menjadi penyelamat anda semua.

Cuma sedikit masalahnya apabila tidur malam anda pastinya akan sedikit terganggu disebabkan segala yang tercatat diatas hanyalah KHAYALAN semata-mata !

Hiduplah dalam dunia realiti bila mana pembangkang hanya pandai buat janji selebihnya merengek dan salahkan orang lain.

MMI

1 comment:

  1. aah aha haaa hhaaa..lawak sungguh la baca entry ni
    rupa2nya hayalan dalam mimpi ......

    Masyaallah....

    ReplyDelete

Labels