Followers

Sunday 19 October 2014

DAP Sarawak Terang-Terang Tolak ULAMA PAS !!!


Nada yang hampir sama kini diulang oleh DAP Sarawak apabila bertegas akan meninggalkan Pakatan Haprak sekiranya parti PAS dikuasai oleh golongan ulama dalam pemilihan parti yang akan datang.

Malah lebih berat lagi apabila alasan utamanya selain dari penguasaan golongan ulama dalam PAS mereka membuat keputusan untuk tidak menerima sebarang usaha mahupun gerakan dari PAS untuk melaksanakan hukum HUDUD !!

Satu keputusan yang bukan dibuat secara sembrono tetapi diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa DAP negeri Sarawak.

Tu dia !! Apa lagi agaknya yang mahu diungkapkan oleh pemimpin PAS selepas ini ??
KUCHING, 18 Okt (Bernama) -- DAP Sarawak hari ini menyatakan ia menghentikan semua komunikasi dengan PAS dan PKR, tetapi terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusinya Chong Chieng Jen berkata jawatankuasa negeri parti itu mengambil keputusan memisahkan diri daripada kegiatan bersama PAS dan PKR sehinggalah dua parti itu menjelaskan pendirian mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, beliau berkata DAP Sarawak akan meninggalkan PR jika kumpulan ulama PAS, yang memperjuangkan hukum hudud, menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.
"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar," katanya.

Beliau berkata PKR juga tidak menjelaskan pendirian mereka berhubung pelaksanaan hukum hudud dan keputusan DAP Sarawak itu menghantar isyarat jelas kepada rakannya dalam PR supaya bersikap jelas berhubung pendirian masing-masing.
"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak boleh diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak boleh diubah itu, kami perlu bersikap terbuka tentang pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.
Secara jujurnya DAP Sarawak sudah pun menyatakan pendirian mereka secara terang dan jelas ! Dan puak-puak PAS harus sedar bahawa mereka bukan sahaja menolak golongan ulama dalam PAS tetapi secara tersiratnya mereka telah menolak parti PAS sebagai rakan dalam Pakatan Haprak.

Ada 2 perkara sahaja yang boleh dilakukan oleh pemimpin PAS yang masih punya otak dan waras dalam berpolitik iaitu ;

1.Bermuhasabahlah segera dan belajar untuk menerima hakikat bahawa kehadiran kamu dalam Pakatan Haprak tidak lagi dianggap sebagai pasukan tetapi lebih kepada perosak hala tuju Malaysia Malaysia atau kesamarataan yang menjadi pegangan DAP sejak dulu.

2.Segeralah menghantar wakil untuk bertemu dengan pemimpin DAP di Sarawak untuk menyelesaikan isu berbangkit dan bersedia untuk terus menjadi keldai dan gurkha kepada Pakatan Haprak.

Tahaluf Siyasi ?? Puak PAS tak habis bincang lagi katanya HAPRAK !! Kalau MMI dah lama blah bro !!!

Baca juga artikel berkaitan di SINI & SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels