Followers

Thursday, 2 October 2014

Giliran Azmin BANTAI Khalid , GULA Mula Jadi TUBA !!


Secara kasarnya kita melihat apa yang sedang berlaku di Selangor SELESAI !! Selesai dalam maksud kedudukan siapa Menteri Besar sudah pun terjawab seterusnya menjadi harapan warga Selangor agar kerajaan negeri yang tertubuh itu segera menumpukan perhatian kepada hal-hal berkaitan rakyat.

Agak lama rasanya banyak masa di peruntukkan kepada soal pertindihan cadangan serta mencari keputusan untuk menabalkan seseorang sebagai pengganti Khalid dan sudah semestinya beberapa perkara utama yang melibatkan kepentingan rakyat turut sama tertangguh.

Namun Azmin yang kini sudah mengisi kerusi empuk dan meneraju sebuah kerajaan negeri yang bernilai lebih dari RM3 billion itu rupa-rupanya masih menyimpan dendam kesumat yang mungkin terlalu menebal dalam dirinya terhadap Khalid Ibrahim.

Kalau tak silap MMI diawal pentadbiran Khalid menerajui Selangor , Azmin lah yang paling lantang bersuara dan mengutuk kepimpinan Khalid kerana tidak mesra parti.Pada ketika itu berlaku rasa tidak puas hati dikalangan penggerak parti PKR terhadao Khalid kerana sebagai Menteri Besar beliau amat kurang membantu parti khususnya dalam soal kewangan dan penyaluran dana.

Perkara ini berlarutan sehinggalah berlakunya boikot memboikot program-program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor.

Namun itu dulu , kini segala-galanya sudah berubah !!

Khalid sudah disungkurkan .. Azmin Ali yang dulunya terkinja-kinja dari luar kini jauh lebih tinggi kedudukannya daripada Khalid Ibrahim.

Dan masanya sudah tiba untuk GULA di tukar TUBA !!


Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.
"Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.
"Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.
"Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi," katanya.
Faekah mendesak Azmin Ali memberi penjelasan munasabah arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid.
"Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang lama berputik dan semakin merebak  semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’," katanya.
Faekah juga mendakwa tindakan itu seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri yang baru mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
"Nampaknya menteri besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.
"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus-lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya.
Well what to do ?? Semuanya game ampa sendiri dan MMI tahu bahawa kem Khalid kecundang kali ini.Cuma MMI nak ingatkan kepada rakyat Selangor dan semua sekali , jangan sesekali lupa punca kenapa berlakunya krisis politik di bumi Selangor !!!

Kerana politik dan nafsu untuk terus berkuasa , rakan yang dulunya menyumbang bakti dan tenaga di sepak terajang !! Ingatlah KERAKUSAN manusia-manusia ini ... 

MMI

1 comment:

  1. Bangsa ku yg sering bersinggit sesama sendiri akan purak puranda akhirnya sekiranya sifat itu tidak upaya dibendung. Alangkah baiknya kalau kuasa yg ada digunakan untuk memperkasakan bangsa ,agama dan negara.Peluang yg ada untuk membantu bangsa tidak dibuang untuk bercakaran sesama sendiri.Tidakkah ada dihati kelian rasa bangga melihat bagsa sendiri berjaya .Bukankah kelian juga adalah hasil jiwa kental generasi dahulu yg sentiasa berusha mencari jalan untuk menjadikan kelian satu hari pembela bangsa.Kelian berpelajaran tinggi luar negeri yg tak pernah dirasai oleh jenerasi yg terdahulu.Kadang2 tertanya diri ,hebat benarkah kelian yg berjaya mendapat ijazah berjela2,atau kita adalah serupa akal dan budi hanya yg berbeza kelian punya peluang hasil jerih dan titik peluh jenerasi yg terdahulu.Amanah Allah akan dihitung diakhirat kelak..Setiap hari yg berlalu makin hampir kita untuk dijemput bertemu Maha Pencipta

    ReplyDelete

Labels